Saturday 30 December 2017

6 SEBAB KULIT MUKA ROSAK!

Kita rasa betul, kita rasa apa kita buat dah okay dah.. Tapi inilah sebenarnya kesilapan tersembunyi dalam penjagaan kulit muka yang kita selalu tak perasan. 

Yang semuanya boleh menjadikan punca jerawat dan masalah kulit yang lain. :/

  1. CUCI MUKA  

    Ada dua sebab kenapa kita tak boleh cuci muka dengan kerap :
    - Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan menghilangkan kelembapan selepas dicuci 
    - Kulit akan cenderung menjadi lebih berminyak dan berjerawat 

  2. GOSOK MUKA 

    Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena extra gosok dan sental supaya boleh mengeluarkan sebum dan kekotoran dalam liang roma.
    Sebenarnya salah yea anggapan ni.. Kita dilarang menggosok kulit terlampau kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan "mencederakan" kulit dari dalam

  3. SCRUB MUKA 

    Selalu scrub muka akan menyebabkan kulit kita menipis kerana texture scrub yang agak kasar. 

  4. SHAMPOO 

    Shampoo rambut mengandungi bahan pelembab atau berminyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena muka, minyak tersebut boleh merresap ke dalam kulit muka dan akhirnya mencetuskan jerawat.

  5. PELUH

    Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya setiap kali kita berpeluh wajib bagi kita lap muka menggunakan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh kita kering dan menyerap kedalam pori kita. Bila pori tersumbat, jerawat lagi senang naik yea. 

  6. TUALA

    Ramai yang buat ni rasanya.. Lap muka menggunakan tuala badan. Seeloknya asingkan tuala muka dan tuala badan kerana tuala badan lebih banyak melekat kotoran dan kuman. 

Kalau jaga semua 6 points kat atas ni dengan baik insyaAllah kita dapat menjaga kulit kita dengan sempurna.. Dalam masa yang sama jangan lupa amalkan supplements supaya sel kulit sentiasa sihat dan cantik yea :D






*produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Set Radiant Shaklee 



Husna,
{1127918}
012-2707477


PERSEDIAAN NOTIS 24 JAM!!!

Malam ni terasa nak share satu benda.. Sejak husna habis belajar sampai sekarang ramai sangat orang selalu tanya husna ;

"Selamat ke business ni? Secure ke?"

"Taknak kerja dengan orang ke? Sampai bila nak business ni? Buat fulltime ke or side income je?"

"Apa yang buat husna berani sangat nak berniaga ni?"

"Kalau saya nak berniaga macam husna jugak.. Saya patut tinggal terus ke kerja hakiki saya?"

Maka sebelum husna lebih2 nak cerita, husna nak habaq dulu hehe.. Yes saya lepas habis belajar terus buat keputusan nak berniaga sendiri. Taknak kerja bawah orang.. Taknak kerja office hour.. Taknak kerja walaupun bidang yang husna ambil melayakkan husna kerja dimana2. :)

Husna juga bukan dikalangan atau berlatarbelakangkan mereka yang berniaga.. Mak ke ayah ke even my course time study dulu bukan business.

But still, semua tu tak menghalang husna daripada pursue apa yang husna inginkan.

Shaklee ni business pertama husna.. Dulu tak pernah langsung minat and terdetik nak niaga.. Tapi dengan asbab shaklee lah husna yakin insyaAllah masa depan husna kekal cerah selagi husna commit and consistent :)

Kenapa husna jatuh cinta dengan business shaklee? Sebab husna sendiri yang menggunakannya. Alhamdulillah husna dapat kulit idaman and Alhamdulillah berat badan husna turun banyak sangat dengan shaklee ni..

Bila physical husna dah banyak sangat perubahan.. Orang sekeliling mula bertanya dan curious. Jadi mulalah husna fikir why not dari sharing and alang2 dapatkan "habuannya" sekali kan :D

Alhamdulillah sebulan husna buat shaklee. Bulan pertama husna berniaga shaklee dah melayakkan husna dapat bonus 4 angka terus. Kalau gaji kawan2 husna yang sama2 habis belajar dengan husna and makan gaji.

Dari situ husna yakin this business is SOMETHING! Cause i started dengan zero modal! Sekarang income alhamdulillah dah 5 angka. Tak sampai 3 tahun niaga income dah 5 angka? Cuba bayangkan kalau husna really focus for the next 5-10 years? :D

Alhamdulillah..

Jadi berbalik pada topic kita.. Apa persediaan nak bagi notis kat boss?

Tengok macam syiok je kan kerja dari rumah ni.. Macam best je boleh pergi sana sini bebas tanpa perlu runsing pasal punch card hehe

Sebab kan ramai sangat2 orang selalu tanya husna pasal ni.. Jadi husna nak share few tips dari saya yang amateur ni.. Pls bear in mind husna sendiri baru sahaja berjinak dalam bidang ni yea :D



  1. SEDIA NAK STARTOVER.

    Macam kalau anda yang dah biasa makan gaji kan.. Kata kan gaji paling sikit sebulan dapat dalam RM2500. RM2500 tu banyak je yang kita boleh guna untuk commitments kita. So kena tahu once kita dah buat keputusan nak berhentii.. Kita takkan senang2 dah setiap bulan dapat RM2500 tu. Kena biasakan diri duit takkan masuk tanpa usaha kita dulu.
  2. BERSIHKAN DIRI DARI HUTANG.

    Maksudnya kalau boleh keluarkan diri dari semua hutang yang kita buat.. Contoh macam kita dulu kena ada prepare 5 bulan gaji bersih yang tak diusik ke.. Supaya walaupun kita dah berhenti kita still boleh bayar duit kereta apa semua.. Kalau boleh berhenti and kawal diri dari perbelanjaan juga :)
  3. START TERUS

    Sebelum kita resign tu make sure dah ada plan apa strategy kita. Apa yang kita nak jual kalau kita nak business misalnya. Semua tu dah kena tahu supaya kita tak blur and kita terus bertindak. Elakkan diri buat benda yang akan membebankan kita macam buat loan untuk start up something.. Zaman sekarang sangat2 mudah untuk kita buat business dengan "apa yang ada" dan 0 modal.
  4. YAKIN DENGAN APA YANG ANDA LAKUKAN.

    Have faith in yourself. Bila kita decide kita nak berhenti kerja, orang pasti akan mempersoalkan and bertanya. Tak kurang juga yang nak memperlekehkan kita. Jadi make sure kita yakin and kita nampak kita akan pergi kemana dan apa future kita (ada perancangan) dan teguh dengan stand kita :)
  5. CARI BUSINESS YANG ORANG DEMAND

    Zaman sekarang ni niaga dah tak pelik dah dikalangan kita.. Product semua bagaikan cendawan tumbuh.. Sana sini apa kita nak semua senang sangat dapat.. Sebab tu kena make sure kita jual apa yang kita sendiri yakin and kita tahu penghasilannya. Sebab in the end orang akan pergi kepada quality.

    Seterusnya kalau boleh income yang kita dapat awal2 tu jangan terus boros nak habiskan semua. Make sure ada pembahagian untuk simpanan supaya ada back up kita kalau ditimpa apa2.
  6. SERAHKAN PADA YANG MAHA MEMBERI

    Bila nak berniaga ni boss kita Allah Taala. Tempat kita bergantung and yakin Dia yang akan bagi kita rezeki. Jadi serahkan dan yakin dengan rezeki Allah yang sangat luas.

    Banyakkan doa dan minta dengan Allah. Jangan malu nak mohon apa kita impikan ok? :)
Husna rasa setakat ni itu sahaja perkongsian husna :). Husna doakan anda yang membaca ni capai apa kita nak.. Usah ragu and jangan takut nak keluar dari comfort zone kita ok? :D

Psst, siapa yang nak join husna dalam misi #BonusKepuk2018 boleh direct msg husna kay? Kita buat sama2 sampai jadi insyaAllah :D

012.270.7477

Friday 22 December 2017

SENDIRI CARI PASAL

Tak ada siapa yang nak kulit bermasalah.. Tak ada siapa yang menginginkan kulit penuh jerawat..

Impian semua orang nak kulit bebas cela dan licin bersih..

Tapi tahu tak kekadang kita sendiri yang rosakkan kulit? Tanpa sedar kadang-kadang kita sebenarnya yang selalu buat perkara yang boleh rosakkan kulit...

Haaa! Kat sini husna akan cuba list kan few things yang kita dah jadikan habit tapi kita still boleh cuba elakkan :)


  1. Tak bersihkan make up 

    Pori-pori senang tersumbat bila make up kita tebal..Bila tersumbat tu yang menyebabkan jerawat..  Jadi waktu tidur, bebaskanlah kulit muka dari semua make up yang kita dah tepek sepanjang hari.. Bagi kulit muka kita rest sekaligus boleh bagi ia bernafas! :)

  2. Picit jerawat 

    Ha ni jangan tipu! Kita semua pernah buat kan hehe. Bila naik jerawat rasa tak tentu arah selagi tak korek2 isi tu keluar kan hehe. Tapi tahukah anda, dengan memicit jerawat yang ada kat muka tu, boleh menyebabkan bacteria masuk ke dalam pori-pori. Jika cara picit dilakukan dengan cara yang salah, dia akan menyebabkan kuman mudah masuk, mudah kena infection and sekaligus make it worst! 

    Jadi kalau ada jerawat cuba relax dulu.. Biar dia bebetul masak baru kita picit (dengan teknik yang betul). Make sure dalam keadaan yang bersih supaya tak kena jangkitan kuman yang boleh menyebabkan jerawat makin teruk or parut berlubang. 

  3. Bercakap di telefon 

    Kalau anda seorang yang jenis on the phone 24/7, anda sendiri kena berhati2 dengan number 3 ni.. Kalau kita banyak spend time cakap kat telefon, jerawat dan ruam akan mudah timbul pada bahagian rahang dan pipi anda. Pastikan anda sentiasa lap phone anda dengan wipes atau tissue lembab untuk mengekalkan kebersihannya. 

  4. Sarung bantal 

    Semasa tidur, sisa make up yang tidak dibersihkan atau kotoran di rambut boleh melekat di bantal dan menjadi sarang bagi kuman. Cuba bayangkan kalau kuman tu dah berkampung kat situ and kita malas ganti sarung? 

    Ganti sarung bantal anda at least seminggu sekali supaya kuman and kotoran tak ganggu kecantikan kulit kita. 

  5. Selalu kerutkan muka 

    Pergerakan yang berterusan pada bahagian otot muka akibat ekspresi wajah akan menyebabkan garis-garis kedutan yang berkekalan pada raut wajah anda. 

  6. Aircond 

    Terlalu kerap duduk dalam bilik berhawa dingin boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan hilang kelembapan yang diperlukan wajah. So make sure balance yea, kalau siang dah terlalu lama dalam aircond.. Petang tu cuba jalan2 menghadap matahari sikit hehe. 

  7. Sunblock 

    Keluar tanpa memakai sunblok juga punca utama kulit muka naik jerawat. Lagi-lagi zaman sekarang yang super panas and tak menentu ni.. Kalau boleh elakkan keluar tanpa memakai sunblock yea. Kalau tak, nanti bila kita berpeluh and tanpa perlindungan kulit, wajah kita akan tersumbat liang pori tu yang senang sangat naik jerawat. 

Kulit yang cantik adalah impian semua orang, especially kaum hawa. Kita semua mengimpikan kulit yang bebas cela, yang flawless yang sedap mata memandang tanpa jerawat dan parut2 berkawah dimuka.. 

Untuk merealisasikan impian ini, jomlah cuba Set Kecantikan Shaklee










*produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Husna,
{1127918}
012-2707477


NASI GORENG TOMYAM

Husna rasa salah satu speciality husna adalah masak Nasi Goreng. (haha puji diri sendiri).

Betul guys, kalau husna masak Nasi Goreng mesti licin habis satu rumah ni makan..

Sampai ai confused, dorang ni memang lapar or nak jaga hati je haha.

So today husna berbaik hati sikit nak share salah satu resepi Nasi Goreng kegemaran seisi rumah kiter hehe.

So kalau korang suka makan tomyam.. Pasti anda akan suka and nak makan lagi and lagi sampai terlupa anda dalam keadaan diet!!!!

InsyaAllah sangat mudah disediakan.. Pejam mata pn boleh.. Bahan2 yang diperlukan pn semua tak pelik2 and memang dah ada kat dapur yeay! hehe

Bahan-bahan:

- 2 cawan nasi putih 
- 2 biji bawang besar, dicincang kasar 
- 3 ulas bawang putih, dicincang kasar
- 1 batang serai, dihiris 
- Cili Merah yang dikisar 
- 2 sudu besar pes tom yam 
- 1 sudu besar sos tiram Life
- Fishball
- Ayam
- Sayur campur 
- Garam 
- Lada putih 
- Daun limau purut



    • Cara-cara: 
      1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, dan cili paste. 

    • 2. Masukkan pes tom yam, dan sos tiram; tumis. 
      3. Masukkan ayam dan fishball dan gaul hingga masak. 

    • 4. Masukkan sayur campur ; gaul. 

    • 5. Kuatkan api ; masukkan nasi dan gaul hingga rata dan sedikit kering. 
      6. Masukkan garam dan lada ; gaul. 
      7. Hidang panas-panas dengan ayam goreng berempah, salad fresh dan air cordial campur!

    • So simple kan? And sedap tooo! Sesuai lah kalau yang rasa taknak masak bebanyak.. Semua ni insyaAllah dah lengkap dah kelengkapan makanan tu hehe.
  • Lepas makan jangan lupa telan Omega Guard and Set Detox Shaklee ok?
Supaya makanan semua tak sempat jadi lemak dan badan kekal ramping dan sihat insyaAllah hehe 


*products ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Husna,
{1127918}
012-2707477



Tuesday 19 December 2017

PERLU LAGI KE COLLAGEN?

Shaklee Collagen Powder merupakan antara product shaklee yang sangat laris sepanjang husna berniaga Shaklee. 




Husna sendiri baru sahaja mencuba Collagen Shaklee.. Before this rasa tak perlu lagi sebab kulit kiter dah cantik. Eh ? Hehehe. Bila hadir kelas nutrisi yang Shaklee anjurkan pasal Collagen baru rasa ada kesedaran nak try.

Tahukah anda, bila umur kita dah masuk 20, automatically sudah wajib bagi kita consume collagen?

Kita semua dilahirkan dengan cukup sifat termasuk tahap kolagen dalam badan.. Tapi makin kita menginjak usia, kolagen dalam badan kita makin berkurangan. 

Atas faktor umur, persekitaran, pemakanan dan lain-lain.

Jadi bagaimana nak cari collagen yang bagus pada tubuh? Zaman sekarang ni terlampau banyak collagen yang ada dipasaran. Dari yang paling murah hingga paling mahal. Agak merisaukan sebenarnya sebab dari segi safety macam mana? Is it really okay to consume? :(

We really have to be aware of what we consume, because we dont want to end up with liver failure or kidney failure kan?

So what is collagen?

Collagen adalah sejenis protein yang paling banyak didalam tubuh manusia. Ia menyumbang sebanyak 75% dari berat kulit kita! Collagen yang mencukupi didalam tubuh akan terpancar pada kulit yang cantik serta kelihatan muda! :)



10 lokasi collagen dalam tubuh :-
  1. Kulit & Kuku

  2. Tendon dan Ligaments 

  3. Rambut

  4. Tulang rawan (sendi)

  5. Tulang

  6. Kornea mata

  7. Salur darah

  8. Usus

  9. Otot

  10. Gigi

Produksi collagen dalam badan akan mula berkurang sejak kita berumur 20an.. Kesan ini akan mula zahir sebagai tanda-tanda penuaan. 

Umur 20an : Kulit akan mula kelihatan ditelan zaman, perubahan tekstur kulit menjadi lebih kasar, tona kulit yang tidak sekata.

Umur 30an : Garis halus mula terbentuk di dahi dan di hujung mata

Umur 40an : Lemak di tepi dahi dan bahagian atas pipi akan muka hilang, menjadikan penampilan dahi seperti berlekuk serta muka makin cengkung.. Bahagian bawah mata akan kelihatan kendut dan berkedut. 

Umur 50an : Kulit leher berkedut dan kendur

Umur 60an : Kulit kesemuanya menjadi kendur dan berkedut. 



Dizaman sekarang, kebanyakan dari kita masih aktif berkarier diusia senja. Kita dah tak pelik tengok mereka yang sudah berumur 60 tahun tapi masih kesana sini menghadiri events. Husna sendiri bayangkan bila husna dah masuk 50s nanti husna masih kuat dan teguh untuk hadiri conference shaklee atau pergi bercuti bersama shaklee. Tidaklah husna expect husna akan kelihatan seperti umur 23 waktu itu.. But at least husna nampak presentable, insyaAllah :D





*products ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Husna,
{1127918}
012-2707477

Monday 18 December 2017

3 IN ONE!!

"Saya taknak bebanyak! Saya nak satu sahaja yang merangkumi SEMUA!!!

Give me that."

Husna selalu kena macam tu.. Customer datang minta consultation nak sihat and nak cantik... Tapi taknak satu set. Nak seketul sahaja. Sebab leceh katanya nak kena ambil banyak2 and tak dapat commit. 

Okay, tak ada masalah. The fact yang you nak sihat is a good step dah hihi.

So kat sini husna nak share supplement yang sangat senang, bagi je chance kat your body for a week and anda akan sangat amaze dengan kesannya insyaAllah

ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee adalah jawapan yang anda cari dan mahukan untuk memberi solusi 3 in 1 ; Tenaga, Kecantikan dan Kesihatan!




ESP Shaklee adalah minuman berprotein tinggi berasaskan kacang soya NON GMO. Hebatnya ESP kerana ia BEBAS KOLESTEROL dan mempunyai kandungan index glisemik rendah. Ini bermaksud ESP sangat sesuai untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis serta mereka yang ini menurunkan berat badan.




ESP juga adalah sumber kalsium dan zat besi yang baik, sejurusnya menjadikannya minuman kesihatan yang sesuai untuk sesiapa sahaja! 

Lebih-lebih lagi bagi ibu hamil, berpantang dan menyusukan bayi.

Nama ESP memang nampak macam simple. ESP tu apa? Especially ke hew hew. Sekali dengar kita rasa hambar je kan.. Tapi once anda pinjamkan dan beri peluang ESP kepada tubuh anda untuk satu minggu.. Kita kasi satu minggu je.. Pasti akan terasa kehebatannya :D

Satu hidangan ESP bersamaan dengan :

  1. 3 gelas susu 

  2. 8oz yogurt

  3. 3oz daging

  4. 3 biji telur 

Berapa keperluan protein badan kita dalam sehari?

DRI (Dietary Reference Intake) mencadangkan 0.8-1 gram per kilogram berat badan. Walau bagaimanapun jumlah protein yang diperlukan badan bergantung kepada pelbagai faktor antaranya umur, tahap activities dan tahap kesihatan kita.

Contohnya mereka yang sedang dalam proses penyembuhan dari sebarang kecederaan, pembedahan atau warga emas memerlukan protein yang lebih tinggi dalam diet seharian mereka. 

Bagi mereka yang ingin membina badan, dicadangkan mengambil sehingga 2.2g protein per kilogram berat badan. 

Secara puratanya, protein yang diperlukan oleh seorang dewasa :

  • Lelaki : 56g

  • Wanita : 46g


Adakah pengambilan protein tambahan mempunyai kesan negative?

Husna selalu diajukan solan, tak rosak ke buah pinggang kalau terlebih protein? Tak ganggu digestive system ke etc etc. 

Bagi mereka yang memang mempunyai masalah buah pinggang, adalah lebih baik jika anda sendiri mendapatkan nasihat doctor mengenai jumlah pengambilan protein yang bersesuaian dengan tahap kesihatan anda.

Tapi sukacita ingin husna maklumkan, pengambilan soya yang mengandungi isoflavone mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular terutamanya dalam wanita yang menopaus. Ia juga mampu mengurangkan risiko osteoporosis. 

Maka jadikan ESP Shaklee sebahagian dari diet sihat anda! Rasai sendiri kehebatannya!


*products ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Husna,
{1127918}
012-2707477






Wednesday 13 December 2017

KEPUTIHAN. IS IT NORMAL ? :)

Semua wanita pasti pernah mengalami keputihan. Takkan ada yang tidak pernah. Keputihan ni berfungsi untuk membersihkan dan melindungi vagina dari irritation and infection. 

Yang membezakan keputihan yang dialami seseorang adalah normal atau berpenyakit dan kotor adalah melalui warna dan jumlahnya.

Lendir yang normal umumnya berwarna bening hingga keputih-putihan dan tidak berbau. Lendir tersebut juga biasanya tidak disertai gatal-gatal atau rasa pedih pada kawasan vagina.

Manakala keputihan yang tidak normal ada perbezaan dari segi warna dan kekentalan lendir, jumlah lendir yang berlebihan, bau lendir yang hanyir, pendarahan yang bukan pada cycle period, serta rasa gatal di sekitar vagina dan pedih perut.

Jika mengalami keputihan seperti yang tertera diatas, segera pergi consult dengan doctor yea. Dikhuatiri berpenyakit 😞.

Jenis-jenis Keputihan yang Tidak Normal

Keputihan yang tidak normal biasanya terjadi kerana infeksi. Berikut adalah penjelasan jenis-jenis keputihan yang tidak normal:
      Keputihan dengan lendir berwarna coklat atau mengandungi darah
Keputihan ini umumnya disebabkan oleh menstruasi yang tidak teratur. Tetapi tetap perlu diwaspada kerana walaupun jarang, situasi ini bolej menjadi asbab kepada cancer cervix atau rahim. 

Keputihan disertai rasa mencucuk atau pendarahan

Rasa ngeri pada tulang punggul atau saat buang air kecil serta munculnya pendarahan di luar cycle menstruasi atau setelah berhubungan seks yang menyertai keputihan, dapat menjuruskan kepada gonore atau chlamydia. 
Jika dibiarkan, penyakit2 ini dapat memudharatkan organ reproduksi wanita. 
Keputihan dengan lendir berwarna hijau, kuning, atau berbuih
Jenis keputihan ini biasanya disebabkan oleh trikomoniasis, iaitu penyakit menular seksual yang disebabkan oleh parasit Trichomonas vaginalis. Lendir akibat infeksi ini biasanya berjumlah banyak, berbau amis, dan disertai rasa pedih saat buang air kecil.
Pembengkakan dan gatal-gatal di sekitar vagina serta ngeri saat buang air kecil dan berhubungan intim juga akan dialami oleh penderita trikomoniasis. Infeksi ini juga boleh diatasi dengan antibiotik.
Keputihan dengan lendir kental, berwarna putih, dan disertai rasa gatal
Keputihan ini biasanya disebabkan infection pada vagina. Indikasinya berupa lendir yang kental, tanpa bau, dan berwarna putih seperti susu kental. Gejala-gejala lain yang menyertainya dapat berupa rasa gatal dan pedih di sekitar vagina.
Infeksi ini tidak berjangkit melalui hubungan seks dan dialami oleh sebahagian besar wanita.
CARA MENGATASI KEPUTIHAN
  • Membersihkan bagian luar organ intim kewanitaan secara teratur (terutama pada saat menstruasi dan setelah berhubungan seksual) dari arah depan ke belakang (jangan sebaliknya) untuk mencegah bakteri masuk ke dalam vagina. 

  • Kemudian gunakan pakaian dalam dengan bahan yang selesa agar tidak lembap dan ketat dan jangan memasukan benda asing ke dalam vagina tanpa pengetahuan atau consult dari doctor. 

  • Amalkan Alfalfa Complex Shaklee, GLA Complex Shaklee dan Garlic Complex Shaklee bagi memastikan dalaman kita sentiasa bersih dan tidak mudah kena infection. 
    (Husna dah cuba and Alhamdulillah sangat membantu.. Nak beribadah pn sangat yakin sebab kita "bersih" je 💟)



Husna,
{1127918}
012-2707477



Sunday 10 December 2017

TRAVEL AND RUNNING NOSE.

Heyyy semua. Husna kat Johor ni eheh.

Just arrived here Alhamdulillah. Gerak semalam.. Singgah kampung sat then shoot kesini pagi2 :)

Overall semua okay, otw ke hotel sempat singgah kat satu kedai yang so popular.. Sebelah dengan tasik or laut or sungai im not sure.

Memula otw ke situ macam seram sikit sebab masuk celah2 hutan.. Bila dah sampai.. Duduk tak sempat nak panas punggung menderu orang masuk. Memang popular lah katanya.

Nama tempat tu Asam Pedas. Dekat kawasan mana tu tak sure sebab my dad yang driving.. Tapi near to our place dekat Somerset.

We had Nasi, Ikan Siakap masak Asam Pedas, Kupang masak Halia, Butter Prawn and Ikan keli goreng.

Btw the ikan keli was really2 huge!!! Haha. Ingatkan typical Ikan Keli kat Malaysia. Guess we're wrong. Bila order nak order dua orang tu cepat2 suggest order satu je cukup sebab besar haha.



Besar kan? Seekor tau ni! So fresh isi dia yums!




The aftermath. Alamak baru perasan udang tak ada dalam gambar hehe. 

Overall alhamdulillah sedap! Total semua dalam RM120 inc 4 air kelapa. Okaylah kalau kat KL lagi mahal.

Anyway, husna makan dengan sangat tak tenang cause hidungku bagaikan air terjun. Dari pagi non stop bersin and tissue penemanku.. Maybe because of the weather. Tak selesa apa sangat!!!

Lepas je makan (hidung macam nak tercabut pn husna masih mampu habiskan segala makanan tau haha kemain!), terus bukak bag and capai vitamin C and Garlic Complex. 

My saviour. Telan tak pandang kiri kanan. 

Sampai je hotel terus zass. Bangun Asar alhamdulillah dah lega. Super comfortable. Ye lah kita travel ni kalau boleh tamau lah hidung tersumbat kan. 

Tak selesa. Bagi husna kalau hidung tersumbat tu macam satu badan tersumbat. Boleh mood swing!

Nasib baik ada shaklee penemanku. Husna tak tolak ubat tau.. Kalau masih melarat saya still ambil je panadol. Cuma husna akan sentiasa ikhtiar dengan supplements dulu :)

Setakat ni memang jadi and mencukupi dah hehe. 

Cuti panjang ni korang buat apa? Have fun tapi make sure badan kena jaga ok? Amanah Tuhan wajib dipelihara :).

Xx

Thursday 7 December 2017

MY FIRST dUCK

Sejuta kali husna fikir nak tulis tak pasal ni. Sebab macam kelakar ada poyo pn ada acah pn ada.. 

But why not lah kan? Just one for the memory lol.

I bought a dUCK for myself guys! Bukan cosmetics bukan lip matte bukan bag.. No.

Its the scarf! Yang memang basically the first thing dUCk produced. Cuma sebelum ni tak terasa nak beli cause :


  1. Tak rasa nak beli. Tak pernah tempted pun hehe 

  2. I dont wear shawls 
Okaylah dua ni je my reasons why i dont buy them.. Sebelum ni pernah beli few. But not for me.. Either as a birthday gift or reward for my leader (ehem kemain kan dapat hadiah dUCK bila perform :p)

Then what happen?

Dang!!! Just like that i bought one!!! Ni semua salah Vivyyy! Hahaha. Biasalah scroll instagram and nampak she posted the butterfly edition tu. Terus hati ni macam okay i want!!!






So cantik kan guys? Nak kata sebab Vivy pakai tak juga cause before this memang semua Vivy pakai. Just this time yang hati ni terjentik nak beli. Eh kemain! Hahaha

The next day terus me and my adik pergi Pavilion, tak pandang kiri kanan terus naik and jalan tak cukup tanah pergi dUCK 😂

Anyway the butterfly edition ada four colours ; green, yellow, peach and blue. 



I beli yang peach one cause tu lah cinta pandangan pertama haha. At first doubtful juga nak beli sebab hello its peach and hello i dont wear light colours and hello?!! haha

Tapi pejam mata and just beli sebab cantik sangat! Bila nak pakai tu tak tahu lagi sebab tak sure sesuai tak dengan my skin tone. Kekadang tak berapa nak confident pakai colour cerah ni.

Luckily ada Shaklee, my forever saviour!!! Boost up my self esteem! Hehe. Dengan shaklee lah husna dapat kulit idaman clean and clear. 

Tak kusam, glowing and nampak sihat. 

Orang kata kulit bersih pakai apa pn cantik, wish me luck guys! Nanti husna dah pakai ill snap my first #TOTD and post it here insyaAllah :DDD

If you want it, go get it guys! Hidup ni sekali je, enjoy it while it last! :)



BUNGA , SONY AND VITAMINS

Salam and Heyy everyone. 

Sorry for the late night post.. Actually husna dah cuci muka pakai night moisturiser dan ambil wudhu semua dah tau 😋

Pastu macam biasa lah sebelum tidur kita kasi belek phone lima mins dulu.. Then ter scroll all the pictures that we (me and my partners) took dari monday masatu.

Bila buat blog ni baru husna perasan yang husna sangat2 kurang gambar product Shaklee.

Maybe sebab selama ni dok focus kat FB so macam kurang rasa nak gambar2 ni hehe. Bila dah ada keperluan tu baru kita gabra sikit hehe.

Anyway i would like to take this opportunity nak cakap a huge thanks to my partners yang layan kerenah husna.

Its not easy rupanya tangkap gambar ni.. Ingatkan tangkap gambar vitamins senang je lah. Letak bunga sikit letak apa sikit settle lah.. 

BUT ITS NOT! Hahaha. Bukan hanya bergantung pada props sahaja tapi memerlukan skills yang mantop!

Tu tak masuk bab cahaya lagi. Wuwuwuw. Padanlah nak hire photographer sekarang so mahal. Sebab memang susah. 😓

Nasib baik i jumpa business shaklee yang sangat kena dengan jiwa kiter. Eh? Hehe.

So these are the few shots yang husna suka... Eh tak, semua ai suka tapi kalau semua tunjuk sini sampai esok pn tak habis mehh hehe.



CANTIKKKK KANNN? Hehe cakap cantik puh leaseee. So proud of my #MikrajMillionaire! Blessed!

InsyaAllah lepas ni lagi semangat nak cerita pasal shaklee. Sebab gambar dah cecantikkkk hew hew.

Untung sangat mereka yang join dengan #MikrajMillionaire, semua husna dah kasi guide and suap.. Tinggal nak nganga pastu kunyah and telan je hek hek. Come and join me. We do this together meh :D

Thanks for reading guys! Good night 💚

Husna,
{1127918}
012-2707477

Wednesday 6 December 2017

SOALAN2 COMMON NAK KURUS

Hai and Assalamualaikum Everybodyhhh!!!!

Rasa macam dah lama pula tak berblogging. Eh over padahal baru beberapa hari hehe. 

Itu pn husna dah rasa serba salah sebab dah janji nak commit sampai jadi kan 😚

So untuk tebus balik kesalahan husna, today husna nak share and syarahkan soalan2 yang sering diajukan pada husna. 

Topic kali ni kita buat berkaitan kurus ok? InsyaAllah next post pasal skincare pula hiks! Lepas dah fikir panjang pasal soalan mana InsyaAllah husna akan bagi 5 soalan common customers husna bila husna consult mereka pasal kurus yea :D


  1. "Husna, boleh tak kita nak kurus cara natural jeee. Taknak ambil supplements?"

    Hehe bila dapat soalan macam ni husna senyum dulu. Takmau la melenting sebab saya ni penjual supplements kan? So apa husna akan jawab, 

    "Cik, dalam supplement ni tak ada pn bahan-bahan yang akan membuatkan kita jadi tak natural :). Shaklee dah memastikan supplements yang Shaklee gunakan sangat selamat digunakan (siap ada clinically proven and landmark study tau). Kalau tak selamat takkan lah NASA sendiri make sure astronauts mereka consume Shaklee kat atas sana kan?

       


    Jadi meh lah kita bersangka baik and tak ada persepsi orang ambil protein ke supplements ni ke sama macam mereka yang ambil steroid. 

    Ingat, supplements hanyalah pelengkap and penambah nutritions. Kita tak boleh rely 100% kat supplements sahaja ok? 

    Macam kita ambil supplements tapi siang malam kita dok order burger ramli. Tak dan la jugak kan :D. So balance and moderate."


  2. "Husna, boleh tak kalau kita nak ambil Green Tea or Caffein bila kita consume Shaklee ni? Orang kata Green Tea ni bagus untuk kurus hehe."

    Boleh. Apa pula tak boleh. Husna tak minum caffein tapi Green Tea ni merupakan fav husna juga :). Kekadang dalam sehari husna boleh ambil sampai 2-3 uncang tau hehe. 

    Green Tea is good for our body. Dia mengandungi antioxidant yang sangat power untuk membuang free radicals dalam badan kita. Caffein pn lebih kurang sama tapi husna tak berapa berkenan dengan rasanya hehe. 

    Kesimpulannya, tak ada masalah pn nak ambil caffein or green tea cuma make sure kita jarakkan dengan pengambilan supplements kerana takut ganggu penyerapan vitamins yea? :)

    Oh, lagi satu yang tak boleh ambil green tea or caffein ni bila ianya beserta dengan gula or susu or even whipped cream tu! Yums but Gemoks! HAHAHA

  3. "Hmm taknak lah ambil supplements. Memula memanglah kurus, nanti bila dah stop ambil confirm naik balik badan tu 😣."

    Biasa tak dengar ni? Husna selalu sangat dapat statement macam ni. Tak boleh nak salahkan orang yang tanya juga sebab ada je few people yang kurus tapi pastu macam kena pam pam and menggelebeh balik badan.

    Pastu berjemaah orang salahkan supplements. Kemain amboi hehe

    Well, the first thing kita dulu kena faham otot tidak akan menjadi lemak sebab dua ni berbeza macam husna and hasan. Pastu kenapa ramai yang menjadi montel lepas mereka stop supplements and senang sangat naik balik lepas mereka dah kurus adalah kerana mereka sendiri tidak menjaga pemakanan mereka cause usually bila kita dah dapat apa kita impikan kita terus take things for granted dengan tak jaga dah pemakanan and tak disiplin dengan diri sendiri. 



    Kesimpulannya, bukan sebab supplements badan kita yang dah kurus jadi debab. Macam husna, even husna dah lose 23 kgs setahun yang lepas.. I can still maintain walaupun kekadang culas makan vitamin and makan macam setahun tak makan bila hari raya hehe. Cuma macam husna tekankan, vitamins ni membantu kita dari segi bagi cepat kenyang and fat burner semulajadi. Tapi kalau dah taknak ambil pn tak ada masalah, cuma make sure jaga pemakanan ok? :)

  4. "Husna, kalau nak kurus ni kita memang kena tinggal terus ke minuman yang sejuk2 ni?"

    Pernah sekali husna post husna bancuh ESP Shaklee dengan ice and ada customer msg husna tanya boleh ke minum dengan ice? Bukan akan buat perut buncit and gemok ke?

    Err setahu husna yang tak boleh minum sejuk2 ni time kita berpantang je haha. Kalau nak kurus ke nak maintain kurus ke tak ada masalah pn nak minum minuman yang sejuk beku. Kalau kita tengok secara science pn, ice tu kan daripada air sendiri dan water has no calories. 

    Kalau banyak minum and buncit pn tu buncit air je lah yang mana ianya senang dikempiskan balik through air kencing, peluh dan pernafasan. 

    In fact kalau korang nak tahu, ais ni meningkatkan metabolism sebab bila kita minum minuman yang berais, badan perlu bekerja untuk mengembalikan suhu badan kepada suhu asal. 

    Jadi lepas ni jangan risau nak minum ais ok? Yang jadi issue kalau kita minum ais yang dah dibekukan dari air coke hek hek. 

  5. Protein Shaklee kan based dia soya, kalau saya lelaki and minum soya akan buatkan saya jadi Pondan / Nyah / Bapok / Mandul ke?

    Ramai orang assumed soya ni hanya untuk wanita sahaja. Lelaki cukup takut nak ambil soya sebab katanya boleh buat mandul and kurang jantan. 

    Tolong faham yang soya tidak akan mengurangkan hormone testosteron dalam tubuh lelaki. Kajian menunjukkan lelaki yang diberi soya untuk tiga bulan, kadar hormone jantan mereka tak berkurangan langsung! 

    Malah protein shaklee mengandungi isoflavone yang akan melindungi anda dari serangan jantung yang mana sangat tinggi percentage nya dikalangan kaum adam.
Faham ye semua? Setakat ni insyaAllah husna share lima soalan ni dulu. Akan datang kita up kasi sepuluh pula yea? Hehe.

Supplements bukanlah punca untuk anda kurus dalam sekelip mata.. Tapi ianya sangat membantu untuk mempercepatkan process disamping memastikan badan tetap mendapat nutrisi yang secukupnya. Jadi kita kurus secara sihat. Hehehe.


(SET KURUS IDAMAN KALBUKU)

Thanks for reading guys!

Husna,
{1127918}
012-2707477


Saturday 2 December 2017

PROGRAM PELANGSINGAN - CINCH SHAKE MIX

SHAKE YANG LENGKAP, PADAT DAN PANTAS.



Makan dengan bijak, Shake dengan sihat. 

Tahukah anda, di antara sepuluh azam yang sering dibuat adalah untuk mengurangkan berat dan mengekalkan berat tersebut. Jika anda ingin menurunkan berat anda dengan berkesan, inilah caranya. 

Cinch Shake Mix adalah minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrient seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti Ice cream Mc Flurry McD :) . 

PERBEZAAN SHAKE SHAKLEE 

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. 

Cinch Shake Mix sangat penting untuk di consume kerana protein digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana sangat membantu kita mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. 

Tidak lupa juga pada kandungan Leucine - nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh badan. 

FAEDAH UTAMA CINCH SHAKE MIX 

Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetap rasanya seperti menikmati pencuci mulut. 


  1. Indeks glisemik - 22 ; sesuai bagi penidap kencing manis

  2. Dengan cinch Pro, campuran ekslusif protein dipertingkatkan dengan leucine - asid amino

  3. Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.

  4. 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu kita kekal kenyang.
  5. Mengandungi Leusina yang membantu mengekalkan otot untuk mencapai berat badan sihat.
  6. Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan.

  7. Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga. 

  8. Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting 

  9. Penggunaan soya bebas GMO

  10. Tiada perisa tiruan, warna atau pemanis.
  11. Makanan tanpa kolesterol.


"The Shaklee Weight Management Programme addresses the issues I've raised through my research. It truly works and I velieve it's going to change our approach to weight management forever."

-Dr. Paula Baillie-Hamilton, MD, PhD
A leading expert in human metabolism

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Husna,
{1127918}
012-2707477


Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...