Thursday 26 July 2018

The time is MINE

Kalau orang tanya apa sebab utama husna buat Shaklee ni.. Husna akan jawab sebab masa. Hehe kelakar kan? Jawapan macam orang dah berkeluarga sendiri je. 

Ye la selalunya jawapan masa ni akan diberi oleh orang yang dah kaya tapi tak ada masa langsung dengan family

Or mak mak yang bekerja tapi dok rindukan anak dirumah pengasuh 

Ni husna pula yang jawab nak masa walhal husna masih belum pun mendirikan rumahtangga. Hmm acano ? Hehe



But yes. Husna buat business ni sebab saya nak masa. Husna bagi contoh simple la... Hari ni hari Jumaat kan? Hari kerja kan? Hari yang basically orang tiada di rumah. And today juga lah abang husna buat announcement kat group family ajak lunch lepas solat jumaat nanti. 

Kalau ikutkan masa orang yang bekerja, macam mana nak lunch? Orang habis jumaat dah nak masuk office dah kenapa time tu kita sebok nak bonding keluarga? Kata mereka :)

Tapi kata husna ; okay jom. Sambil kita lelaju proceed uruskan orders semua through online (thank God shaklee ada system order online je klik klik settle semua) so that lepas zuhur nanti dah tak payah nak fikir kan. 

Husna tak ada lah beria nak makan sangat. Tak adalah semangat bila abang ajak makan kita macam yeay nak makan im dangg starving

Tapi lebih kepada masa bersama keluarga tu.. Abang kita bukannya kerja kat sini.. So he's not around sangat.. Jadi husna rasa bila husna boleh luang masa (walaupun takde la borak sangat lol) tu sangat bermakna. 

Lain orang lain perspective. Lain orang lain yang dia utamakan dalam hidup. Ada je orang suka bekerja and sentiasa ada masa dengan keluarga juga. 

Tapi i choose this path. Husna nak and husna suka jalan ni. Syukur sangat husna direzekikan masa dan juga income yang mampu untuk husna duduk rumah ni dikala usia husna masih muda dan tak perlu tunggu senja. 

Hidup ni hanya sekali je.. Buat and hidup lah sepertimana yang awak inginkan.. Jangan fikir apa orang nak cakap and jangan dok risau apa orang nak mengata.. Bak kata seorang master yang sangat husna hormati, 

"Dakaplah diri sendiri dan tunaikan segala yang diri hajati."

Moga Allah redha,

Husna Bazlan

Kulit Berminyak Di Pagi Hari

I used to be like that. Tidur kat aircond ke kat kipas ke kat bilik ke kat hotel ke.. Bangun pagi je confirm macam muka boleh goreng ikan. 

Stress and geli gila okayh!

Tak tahu lah apa puncanya. Lagi frustrated sebab kita tak boleh buat apa. Ye la dah nama pun tengah tidur macam mana nak lap minyak tu kan.. So bangun pagi adalah waktu yang paling menyeramkan.. Sebab time tu nak menghitung jerawat yang baru tumbuh. 

Baru tau bukan yang seadanya. Kira almost everyday ada je tetamu baru yang menyinggah kat muka kiterr 😢. Memang dulu muka husna ni category dalam muka yang bermasalah la jugak.. Lengkap satu package tau.. Berminyak, kusam, berjerawat and berparut. On top of that kulit so gelap nauzubillah tak ada beza warna kulit and warna rambut. 

Dont get me wrong! I dont mind kulit gelap. Hello beyonce tu cantik gila ok. Tapi kalau kulit gelap and bermasalah macam no use kan? :)

Fast forward time alhamdulillah sekarang bangun tak ada dah masalah kulit berminyak and tak perlu nak lari2 hindustan dipagi hari tengok cermin and kira jerawat hehe. Sekarang ni bangun pagi memang boleh relax je.. Siap kalau keluar bilik tu adik-adik tanya ai nak pergi mana sebab muka nampak macam dah "bersiap". Giteww kemain kan hehe



Ada one time my partner dalam #MikrajMillionaire datang pagi-pagi buta sebab nak ambil barang kan.. Husna macam biasa dengan muka tak mandi pass barang tu kat dia, her respond terus macam dah lah lepas ni tak payah make up or anything.. Muka bangun tidur pn dah cantik dah. 

Hek hek tersipu malu sisturrr. Sorry lah kita excited sikit sebab kita bukan dilahirkan muka macam ni. Jadi bila dah dapat apa yang diimpikan rasa nak lompat bintang lah :p

Rahsia tidak lagi rahsia. Tiga points utama husna akan share (share bebanyak pun bukan korang akan baca.. Kalau baca pun korang takkan amalkan punya sebab banyak sangat so ai bagi tiga dulu ok?)


  1. Jangan tidur dengan muka yang kotor. Go and wash your face betul-betul sebelum awak melelapkan mata. Tak kira lah seharian tu awak keluar or duduk rumah, cuci muka jangan ditinggalkan dan diabaikan! Penat macam mana pun wajib bagi muka bersih dulu ok? 

    Why? Sebab time tidur adalah waktu sel dalam badan kita bekerja.. Termasuklah sel kulit kita.. Tapi kalau muka kotor macam mana depa nak bekerja kan? :). 

  2. Exfoliate your skin. Pernah tak dengar orang cakap kena buang sel mati kat kulit kalau nak kulit cantik? Its true! Kena rajin exfoliate muka kita.. Tapi jangan buat everyday okay? Seminggu sekali dua dah memadai.. 

    Time tu kita nak buang sel mati and daki berlebihan kat muka kita.. But make sure juga pilih scrub yang betul. Jangan main bedal je ambil. Pilih yang suits your skin :)

    Husna punya husna pakai dari brand Fresh! Best sebab diperbuat dari brown sugar and strawberry. Jadi lepas dah exfoliate tu rasa halus je kulit.. Husna suka buat time malam pun, bangun pagi memang rasa nak cubit2 pipi sendiri sebab so lembut hiks! 

  3. C + E ! Oh this one pls amalkan. Tak tahu lah nak bagitau macam mana pentingnya these two untuk awak amalkan sebelum awak tidur! Niat sebenar husna amalkan vitamin C dulu adalah untuk membantu masalah resdung husna.. Ya know yang bangun pagi bersin macam nak tercabut hidung tu kan. Yep that was me. Jadi bila husna amalkan dua tu memang husna rasa so berkurangan. Paling kelakar tetibe kulit pun makin cantik. 

    Like i said, time kita tidur sangat memainkan peranan untuk mencantikkan kulit. Kalau time siang kita beria bersolek untuk bercantik why time malam kita tak izinkan sel dalaman kita bekerja kan? :)
Jadi jelas ye semua? Sesiapa yang ada masalah yang sama macam husna boleh lah cuba amalkan tips yang husna dah share. InsyaAllah berbaloi. Awak akan bangun macam pwincesshhh Elsa teruih nanti. 

Xoxo,
Husna Bazlan

Tuesday 24 July 2018

Paling Bernilai

Apa yang paling bernilai buat diri awak? 

Hmm kalau waktu sekolah rendah husna mungkin akan jawab dapat kawan yang ramai and kawan2 yang gang2 gedik and popular tu hew hew

Hmm kalau waktu sekolah menengah husna akan jawab dapat score exam dengan cemerlang and terbilang serta gemilang :p

Hmm kalau waktu Uni maybe husna akan jawab dapat masuk dean list and dapat jumpa my lucky charming man. Kemain gatai tau hahaha

Tapi bila dah besar sikit, dah masuk alam pekerjaan.. Dah jumpa and bergaul dengan ramai orang tak kira apa dan siapa pun dia.. Husna akan jawab, 

KESIHATAN. ITULAH NILAI PALING MAHAL DALAM HIDUP SAYA. 

Sebab husna sendiri dah jumpa ramai orang yang duit banyak tapi terlantar. Husna sendiri dah nampak berapa ramai orang yang ada this and that tapi tak mampu nak menikmati. Why? Simply because kesihatan yang tak dapat dijaga.. Dont get me started berapa ramai orang mati dikala usia yang masih muda. 

Dont get me wrong. Betul, jodoh dan usia kita semuanya sudah ditentukan Ilahi. Tapi Allah juga memberi dan sentias agive us chance untuk menjaga diri dengan sebaiknya kan? 

So how? Salah satu caranya dengan mencegah sebelum mengubati. Maksudnya macam mana? Amalkan lah makanan yang sihat, tidur diawal waktu, rajinkan diri exercise (tapi janganlah over sampai badan tak mampu nak tanggung), banyakkan minum air and amalkan supplements. 

Yes guys. Amalkan supplements bukanlah satu pilihan dah buat kita sekarang ni. Dah jatuh hukum wajib dah.. 

Antara supplements yang paling basic and boleh kita amalkan adalah :


  1. Multivitamin yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450 mg kalsium dan vitamin D.

  2. Pengambilan protein yang mencukupi setiap hari ; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas, bagi mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat. 

  3. Pengambilan asid lemak omega 3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan keradangan.

  4. Nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan.

  5. Pengambilan vitamin B yang penting seperti asid folik, vitamin B6 dan B12 untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat. 

  6. Dapatkan probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun. 

Dalam masa yang sama please amalkan juga amalan macam husna dah cakap diatas.. Amalkan pemakanan yang sihat and exercise. Sebab kalau you beria dok telan vitamin pagi petang siang malam tapi you tak jaga your body dari segi tidur makan and all.. Still useless juga :/

So always ask yourself, apa sebenarnya nilai yang paling berharga buat diri awak? Adakah harta cause harta tanpa tubuh badan yang sihat adalah no point. Adakah family? Hmm family tanpa tubuh badan yang sihat also no point.. 

Jadi jaga diri bebaik.. Bukan hanya kita boleh insyaAllah hidup dengan selesa.. Malah kita juga boleh beribadah dengan tenang dan sempurna :D

Love,
Husna Bazlan

Monday 23 July 2018

Tips bertenaga ketika memandu

Raya Eid Fitri dah berlalu, Eid Adha bakal menjelang tiba. Korang korban berapa ekor tahun ni? 

So cepat kan masa. Rasa macam baru je redah jam balik kampung. Bulan depan nak balik lagi. Dont get me wrong, i like balik kampung! Siapa je tak suka balik kampung kan.. Makanan semua sodap-sodap and nyaman tenang je bila duduk kampung. 

Cuma nak meredah jam tu sangat menyakitkan jiwa, badan dan emosi hehe. Husna memang salute awak2 yang balik kampung and redah jam berbelas-belas jam. Husna yang Melaka ke KL dan ambil masa nearly 3 hours pun sis boleh emo hek hek


Ini yang kita harapkan......


Tapi ini yang kita dapat haha. Mana tak sakit jiwa? :p

But Alhamdulillah last raya bila balik emosi sis stable! Bukan sebab tak jam.. Bukan sebab tak ada kereta dijalan raya tapi sebab husna ambil siap2 supplements sebelum husna memulakan perjalanan :). 

Siapa kata supplements ni tak membantu waktu kita berjalan jauh memang silap besar. Kita nak travel kita memerlukan energy and supplements merupakan salah satu cara untuk we gain it. Kalau orang kata taknak ambil supplements tapi nak setiap kali nampak Petronas and you pull over untuk beli 100 plus. Hmm its just the same hiks! 

So apa supplements yang diperlukan untuk kekal cergas bertenaga sepanjang perjalanan?


  1. Cinch Tea Mix



    Sangat bagus untuk menyegarkan kita and buat kita peka sepanjang perjalanan plus make sure kita sentiasa segar and cergas! 

    Just campurkan satu batang ke dalam minuman anda and you're good to go! 

  2. Koenzim Q



    Sangat penting untuk menghasilkan tenaga
    Menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari 

    Ambil 1 tablet sebelum memulakan perjalanan :)

  3. Polifenol



    Penuh dengan antioksidan, ia mengoptimumkan prestasi sel supaya tubuh kita bekerja secara optimum. 
    Meningkatkan tenaga dan kepekaan untuk perjalanan yang mudah.
Okay dah ambil tiga ni, baca bismillah and boleh meneruskan perjalanan anda :)


Jika anda berminat nak dapatkan secara online boleh terus dapatkan disini . Lepastu boleh lelaju msg husna untuk consultation yang terbaiks okay? :)

*product ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Regards,
Nurul Husna 
{1127918}
012-2707477



Sunday 22 July 2018

Hidup ni TAK ADIL!!!!

Kita ni memang dari kecik ada je tak puas hati. Tu tak kena ni tak kena. Dahlah suka merungut pasal hidup sendiri. Kita tambah lagi dengan asyik merendahkan diri sendiri. 

How? Dengan compare diri kita and hidup kita dengan orang lain. Ayat kan best tu kan best ni dah sebati sangat dengan hidup ni.. 

Ya! Hidup ini memang tak adil. Tapi Allah Maha Baik.

Dulu kalau perempuan yang memilih untuk bekerja berbanding duduk rumah, orang akan kata "hmm dia ni nak beli barang mahal lah ni thats why dia kerja.. Sebab husband dia dah cukup je duit nak tanggung.. Tapi dia nak jugak bekerja.. Nak berlagak la tu!"

Bila perempuan memilih untuk duduk rumah dan jaga family pula orang akan kata, "Lah dah belajar jauh2 tinggi2 nak duduk rumah pula.. Duduk rumah jadi berkubang lah dengan anak-anak.. Otak pun akan jadi sempit and tepu sebab tak bergaul dengan orang. Tak faham dengan orang yang sanggup nak tengok husband dia kerja and dia relax je kat rumah.."

The list goes on and on and on. Pokoknya orang memang takkan berhenti bercakap. What to do? Abaikan sahaja!!!! 

Orang memang takkan berhenti bercakap. Lagi2 zaman sekarang yang konon semuanya ada hak bersuara sampai berkata-kata tanpa fikirkan perasaan orang. 

So let them be.. Kita jadi diri kita.. Cause hakikatnya kita yang tahu kehidupan kita.. Apa yang kita sedang alami dan apa yang kita mahukan dalam hidup. 

Semua orang ada pandangan masing-masing tentang hidup ni.. Apa pandangan kita tu yang menunjukkan siapa kita yang sebenarnya. Pedulikan apa orang kata.. Kalau kita rasa inferior dengan diri sendiri, kita akan mencari salah dan aib orang lain untuk membuatkan kita rasa kita okay and better. Tak baik kan?

Tapi kalau kita syukur and sentiasa sayang diri kita, kita akan mudah nak respect orang..


Jadi tak payah fikir apa orang nak kata.. Unless kalau kata-kata orang tu mendekatkan kita dengan Allah Taala. Remember, Allah Sangat Baik dan Sangat Adil. So jaga diri jaga tingkah laku jaga percakapan. 

Cause what goes around comes around :D

Nak Hidup Lama

Hari ni hari pertama husna start detox. Detox yang bebetul detox ikut meal plan and segala yang Shaklee dah sediakan bukan detox aci redah tau hahaha. 

I was so nervous sebab time husna kurus dulu pun husna tak join program detox. I just jaga makan and ambil supplements. Tak ambil the whole set detox and tak exercise. Bila fikir balik dasyat gila buat dua tu je pun husna mampu lose weight almost 30 kgs dang! Hahaha. 

So why i started detox today? Kalau dah kurus kenapa husna nak detox juga? Simply because husna nak jaga diri and nak hidup lama. Haha aci tak jawapan sis? Hehe. Kita kan baru lepas raya. Pejam celik nanti raya korban pula. Kalau dah nama pun raya sendiri boleh bayang dah rasanya macam mana kondisi badan kita.. Macam-macam kita sumbat tanpa ada sedikit pun ihsan dan belas kat diri sendiri.



Husna mula rasa lesu, sekarang pula macam mudah sakit kepala and nak demam.. Mungkin penangan musim durian juga kan.. Bila fizikal kita lemah, kita punya dalaman pun akan turut sama.. Mula rasa lemau mula rasa nak tidur je mula rasa cepat naik hangin and all. Sangat lah memudharatkan kehidupan sejagat. Ewah! Jadi i have to do something! Marilah nyah kan segala toxic dalam badan kita ni..

By detox! Korang tahu kan kita semua tak kira lah lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke kurus ke gemok ke wajib detox! Cuba bayangkan rumah korang ada satu laluan air ni.. Laluan tu dari mula korang masuk rumah sampai lah dah dua puluh tiga tahun korang hidup kat rumah tu korang tak pernah langsung kemas.. 

Agak-agak macam mana dah kondisi laluan tu? Nak bayangkan pun rasa nak pengsan kan.. Walaupun yang lalu kat situ "hanya air" hujan semata.. Still kotor, berlendir, berkerak and all kan.. Now cuba tukar situasi kat badan kita pula.. Yang kita nak hidup macam-macam yang kita dah makan and minum macam-macam.. Agak-agak macam mana rupa dia kalau kita tak pernah cuci? :)

Geli kan? Kotor kan? Tak sanggup kan.. Kesian kan badan kita? Thats why lah kita selalu lesu kita mudah naik jerawat badan kita mudah naik and all. 

Jadi jomlah kita ambil langkah pencegahan dengan detox segala toxic dalam badan kita. Kenapa husna pilih nak detox dengan Set Detox Shaklee? Sebab the whole set ni dah mampu nak bersihkan segala organ dalaman kita dalam masa yang sama still menjaganya dengan baik :)

Power gila kan! Nanti lepas dah settle satu cycle ni husna akan update kat sini tau tau tau hehe

Nak dapatkan set detox and nak dapatkan full consultation boleh whats app husna ok? 

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang supplement.

Pengedar Sah Shaklee,
Nurul Husna,
{1127918}
012-2707477




Tuna Sandwich for My King!

Its all your fault! Sebab Kak Husna la abah lapar tau! 

Kemain adik form four kita menunding jari kat kiter tau haha. Tapi bila fikir ada benarnya dalam dia berkata.. Petang tadi bibik dah nak masak Udang Galah masak Lomak Cili Api.. Lepastu husna selamba cakap siapa nak makan tu? Kenyang la hahahaha

Sekali dengar suara abah sahut okay lah macam tu masak esok je. Husna pun dengan sesedap rasa menambah lagi aah malam ni kita beli lah burger ramli. Uhmmm dap haha. 

Fast forward masa, lepas isya sis dengan senang hati turun bawah... Then abah minta husna tolong buatkan horlicks. Korek punya korek almari tak ada horlicks (okay next time beli groceries kita beli ni!) ada milo je abah pun pasrah okay lah milo also can. 

Sekali adik buat muka sebab husna la ni abah kelaparan. Janji nak beli burger tak beli2 pun 👀👀

Sis guilty guys. Omg sebab aiiii keeee? Husna macam tak teringat sebab tak lapar kan. And tak ada siapa pula nak ingatkan den :/. Husna pergi depan tanya abah nak burger ke kalau abah nak husna belikan.. Abah taknak sebab dah nak jam 9 malam. 

Disebabkan sis masih guilty husna pun buat lah Tuna Sandwich kegemaran diri sendiri untuk abah. Hehehe. Paling senang and paling healthy lol. 

Cara dia :

Tumis bawang putih and bawang merah dengan Olive Oil. 
Masukkan sikit sambal ikan bilis kasi dia lagi uhmm (tekak melayu sangat kan)
Masukkan satu tin tuna tu. 

Gaul2 dah siap. Lepastu sapu butter kat roti, letak tuna, letak cheese, letak chili sauce (ni untuk abah la kalau untuk husna ill skip this one hehe).. And then letak balik kat kuali tu!!


Okay im done. Hidang sekali dengan salad and bagi abah makan.. Bila nampak abah makan dengan penuh senyuman husna tanya ;

Me : Abah sedap tak?
Abah : Sedap
Me : Sedap sebab abah lapar ke sedap sebab sedap hek hek 
Abah : Seddap sebab sedap
Me : Told ya husna dah boleh kahwin! Eh tiber hahahahaha

Okay guys, nak siap solat isya lepastu nak bagi abah makan Phytocol and Omega Guard pula. Bagi membasmi segala cholesterol and bagi kesihatan jantung abah kekal tip top insyaAllah

Anak Mithali,
Husna Bazlan

Hati Hati dengan Lintasan Hati

Pernah tak dengar orang cakap.. Apa awak fikir apa awak rasa.. Apa yang awak terfikir.. Itu semua akan dipantulkan semula pada awak.

Toink toink toink.

Thats how i feel bila tetibe ada orang tekan loceng rumah and kata nak bagi durian and manggis. Bila tanya siapa bagi dia kata dia pun tak tahu.. Boss dia yang suruh hantar. Haha pun boleh.



Tak pe lah, orang bagi kita menerima iyo dok? Bila buah-buahan ni sampai husna meremang sat tadi.. Sebab dua tiga hari ni memang dok mengidam dua buah ni! Memula tak hairan tapi bila asyik lalu kat Facebook kat Instagram boleh tergoda la jugak sis.

Kelmarin dah nak keluar pergi cari durian tapi mama kata tak payah.. Hari Ahad nanti abah nak turun dusun and akan bawak balik banyak. Okay sis redha lah. Kita tunggu je la naaa. Dapat jimat jugak duit sis hek hek

Manggis pula dari pagi semalam tak senang duduk dok teringin tapi tak tahu mana nak cari.. Sekali last night abah datang bawak balik. Perasaan dia tu rasa nak melompat bintang sejuta kali!!! Hahaha..

Unfortunately the manggis was so so so masam! Husna makan sepuluh, sepuluh sepuluh masam sis tension haha. Tapi sebab lama tak makan and mengidam husna makan je la..

Pagi tadi teringat lagi manggis hahaha. Tak puas kan makan semalam... Tu yang ni orang hantar memang sis sengih lebar.

Baiknya Allah :'). Kita baru je terfikir Allah dah hantar..

Bila husna business ni memang husna lebih bersyukur sangat sangat. Kekadang nampak and rasa macam remeh tapi lepas dah jadi mesti kita macam rasa nak terus sujud syukur. 

Jadi again, hati hati lah dengan lintasan hati. Apa yang anda fikirkan, apa yang anda rasakan, apa yang anda cakapkan, apa yang anda buat semuanya akan kembali pada anda.



No we dont believe in karma, tapi kita kena sentiasa yakin yang Allah itu Ada :)

Love,
Husna Bazlan

Allah Bayar Cash!

Yesterday was a really hectic day for me. Bangun pepagi lepastu ambil partner and terus shoot ke Petaling Jaya untuk Leadership Seminar. 

Dari hari sebelum tu husna dah rasa tak sedap badan.. Mula rasa nak hempuk diri sebab ate too much durian! Kan badan dah panas. Like really panas your throat pun rasa tak sedap. I slept early and macam biasa tak set alarm.. Hehe. Entahlah, husna perasan bila husna business ni husna dah tak tak set alarm. Cause once you dah set your mind nak bangun awal, you will bangun awal! Tapi if you hanya set nak bangun awal dalam masa yang sama too much hesitation, rasa tak mampu la rasa akan penat and all.. You will not bangun (will elaborate about this later okayh hehe).

So bila bangun pagi tu pun badan masih rasa kureng. Oh trust me time tu hati ni berat sangat nak tidur je the whole day tapi i PAKSA DIRI untuk get up sampai sebut this is for my future bangun husna bangun! Tahan sikit.. Giteww kan haha. 

Alhamdulillah im glad i did because the seminar was the bomb! Banyak benda kita tak tahu.. Betul lah nak berjaya ni kena pergi menuntut dari orang berjaya.. Not only that, semalam juga berpeluang jumpa ramai orang dah berjaya so membuak tu berganda2 hehe. 

And lagi best sebab husna berpeluang untuk pergi dengan one of my leader yang hebat dalam team #MikrajMillionaire. Berjemaah lagi membawa berkat giteww kan ihiks!



On the way back my sister called me and ajak dinner together kat GE Mall. Nak makan kat Cozy House. Time tu badan memang dah zero energy. Rasa nak balik nak telan Vitamin C and tidur je :(

Tapi rasa macam unfair sebab pagi tu waktu keluar family tengah breakfast and i didnt get the chance to join pun sebab rushing kan.. So again sis tabahkan diri and join. 

Again, im glad i did sebab tiada waktu yang terbaik melainkan waktu yang kita peruntukkan untuk keluarga kan :'). Hilang penat and kurang rasa sakit bila Allah izinkan masa bersama family tercinta.



Balik je dari dinner dapat call dari customer and nak order dua Vivix and satu set Youth... Allahu Akbar. Terasa sangat berbaloi apa yang kita luangkan that day. 

Masa sekarang tak lama.. Time class siang and time bonding dengan family malam tak sempat nak update sangat status and all. Tapi Allah Maha Baik. Allah tetap hadirkan insan and murahkan rezeki. 

Syukur Ya Rabbi :'). I love love love my journey! Syukur Allah sentiasa mudahkan perjalanan ni. 


Friday 20 July 2018

Run Tante Run!!!!!

The other day husna naik treadmill. Tengah sebok berlari anak buah husna naik atas and join sekaki.. Memula dia duduk depan tv je.. Lepas tu slowly dia datang dekat husna and tengok husna lari. 
Im not an athlete. So husna lari kejap high speed kejap low speed. Tak consistent pn speed dia.. Ikut nafas husna time tu hahaha. Kalau rasa nak mati speed husna letak ke 4-6.. Kalau rasa lain macam semangat husna boleh lari sampai ke 14. Giteww kemain. 

Then ada one part ni husna tekan high speed and bila rasa diri macam nak terpelanting husna cepat2 slow down sampai keenam balik.. Anak buah husna kat situ yang selama ni diam dok perhati je bersuara ;

"Run Tante Run!!!!" Husna buat-buat tak dengar at first (hello ai lari macam nak tercabut nyawa baru nak ambil nafas baru nak lari lagi gapo dia?). Tapi anak buah husna keep on sebut and macam gesa suruh lari !! 

Husna pun geram and terus tekan balik high speed. Tergelak2 and tepuk tangan dia tengok husna lari. Tak tahu apa yang dia terhibur sangat tengok makcik dia lari ni 😭😂. 

Tapi bila tu jadi kan, buat husna terfikir yang kita manusia ni suka sangat limit kan diri kita.. Yang hakikatnya kita ni limitless.


I meant bila anak buah husna suruh lari lagi tu memula husna taknak lari. Penat. Tak larat. Nanti lah lari lagi bagi nak relax kejap.. Tapi bila dia keep on push me husna paksa jugak diri husna and i succeed. Dalam kes ni kira berjaya buat dia happy lah walaupun Tante dia macam nak tercabut kaki. 

But thats the point, tercabut kaki je tak ada pula sampai mati kan. Tak ada pun tengah lari lepastu terus mati walaupun time lari tu and dia suruh lagi lari husna awal2 dah mengucap hahahaha. 

Guys, kita tak pernah tahu had diri kita selagi kita sendiri tak push diri kita! Jangan mudah selesa and kasi chance pada diri. Push your limit. Cause in the end, walaupun sakit walaupun perit you akan dapat satu kepuasan. 

As for mine, kepuasan bila tengok my cheeky anak buah happy and esok tu berat turun lagi yeay haha :ppp


Love,
Husna Bazlan


Tips Kawal Makan

Tadi husna ada baca one of my downlines up status husna ni perut kecik. Memula husna baca tu husna cam errr dah kenapa tetibe perut kecik ni hahaha. 

Bila dah baca baru faham yang dia nak habaq husna jenis tak makan banyak! Kalau makan nasi tu husna dulu macam dah invent suku suku separuh sebab husna sangatlah tak hantu Nasi! Unless kalaua da Nasi Panas and ada Sambal Ikan Bilis Garing! Peh tu husna memang akan tambah menambah bagai tiada hari esok haha

Orang selalu kata nak kurus ni susah.. Jujur husna cakap nak kurus ni senang, nak maintain kurus yang susah! Lagi2 kalau awak pernah gemok so selera makan awak besar! 

Dulu waktu nak kurus senang nak disiplin senang senang nak commit senang nak kejar target. But once awak dah capai berat badan idaman awak, sangat susah untuk awak maintain! Sebab time tu nak makan ke nak apa takde langsung nak rasa bersalah or nak rasa alamak matila nanti tak dapat my ideal weight. 

Tetibe time tu your mind macam dah set okay dah kurus dah ni hang makan je la apa hang nak makan! Gila weh! Tu yang terjadi berat badan macam yo yo. Sat naik sat turun macam takde kesudahan! 

Then how? Macam mana nak kawal makan? Macam mana nak perut kecik jugak hahahaha. 


  • Betulkan balik your mindset. Time nak kurus tu jangan hanya set ok nak kurus sebab nak cantik. No! Instead cuba set okay nak kurus sebab nak sihat. Okay nak kurus supaya tak mengah dah kalau jalan. 

    Bila you dah set niat tu betul, sangat mudah untuk you istiqamah even you dah kurus! 

  • Detox! Oh yes awak kena detox untuk make sure segala cravings waktu awak gemok tu tak dibawa arus! Macam husna kan.. Dulu husna sangat hantu makanan yang tak sihat tau! Name it segala macam ai balun. Minum pn tak pernah nak minum air masak.. Entah kenapa time tu rasa tak sedap air masak! So bila makan wajib fruit juices or air sirap limau hamboiii haha



    Jadi bila husna kurus, salah satu perkara yang sangat memudahkan husna turun berat badan adalah dengan asbab husna detox! Dia macam memang "cuci" betul tau. Sekarang ni even husna makan pun husna sangat menjaga.. Tak de dah tengah malam teringin burger McD and the best part is ai cannot dah minum air manis2 ni. Rasa pelik sangat huhu. 

Jadi kalau awak serious nak kurus, awak kena berpegang pada dua ni. Tak salah nak kurus sebab nak cantik.. Tapi takkan lah nak cantik sat je kan.. Kalau boleh kekal lama why not hehe?




Bila tengok gambar ni tetibe sis rasa nak nyanyi aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang HAHAHAHHAHAHA *gelaksamasamapls!


Nak dapatkan Set Detox or any other consultation berkaitan kurus ni boleh msg husna tau? InsyaAllah husna akan bantu mana yang boleh :)

Your Kurus Buddy, 
Husna Bazlan
{012-2707477}

Thursday 19 July 2018

Make Up ; Mencantikkan atau Menutup Cela

Apa yang anda faham tentang definisi make up? Apa itu make up? Apa keperluan make up? Kalau google kan, google akan define make up as cosmetics such as lipstick or powder applied to the face, used to enhance or alter the appearance.

ENHANCE. 

Please perhati and hadam betul-betul perkataan enhance tu. Maksud lagi senang adalah menyerlahkan and menaikkan lagi seri. Itu adalah definisi sebenar make up. 

Tapi malangnya sekarang kalau kita tengok, orang kalau make up more to nak menutup cela.. Nak cover jerawat, nak tutup parut and nak cover kulit tak sekata. 

Lagi worst, bila dia dah biasakan diri macam tu jadi its a normal thing for her untuk everyday make up tetebal sepuluh inci.. Yang akhirnya hanya memakan diri sebab kulit tak sempat nak bernafas pun!



Nak make up boleh, husna tak larang. Memang naturally sifat wanita suka kelihatan cantik menarik tertarik kau memang the bomb hehe. Tapi make sure kita berpada and tak menyalahkan niat. Maknanya you make up sebab saje saje and suka suka bukan make up sebab segan nak keluar rumah takut orang nampak muka kita macam Shrek! 

I used to be both sides. Pernah satu ketika dulu kulit husna mengalami fasa breakouts yang super teruk and setiap masa husna rasa depressed sampai husna TUTUP SEMUA CERMIN DALAM BILIK ! Yes tahap tu sekali ai tak sanggup nak tengok muka sendiri. So time tu kalau husna keluar memang berinci la concealer husna tepek kat muka. 

Dengan harapan dapatlah cover sikit kulit yang macam jalan tar tu :(. Hua sedihnya tengah type pn sedih haha. Sebenarnya tak pun korang. Dari jauh ye la boleh la orang tak nampak muka kita tengah sakit. Tapi bila dekat tak dapat pn cover, still nampak bumpy and nampak sangat kita trying too hard nak "cantikkan muka". 

Hmm jadi macam mana ni? Orang kulit jerawat tak payah make up ke? Orang kulit bermasalah tak ada chance nak make up ke? Ada bukan tak de. Haip saya dulu pn muka jerawat tau! Cuma husna nak nasihatkan, rawat la dulu kulit tu. Kasi dia sembuh dulu lepastu nak make up pn make up lah! 

Tak ada penyakit kat dunia ni yang tak boleh dirawat ok? Semuanya boleh diatasi. 

Yang paling penting : 

  1. Jaga pemakanan. Ingat, segala penyakit berpunca dari perut. Nabi sendiri dah pernah sabda tentang perkara ini. So bila kulit tengah sakit no junkfood no oily food no spicy food no maggi and all! Ambil yang healthy sahaja. Memula memang payah nak nak pula kita hidup kat Malaysia kan, tapi cuba ok? Untuk diri kita juga hiks! 

  2. Drink loads of water. Sounds cliche tapi ni paling power! Korang tahu tak air ni bersifat cleanse? Maknanya dia akan cuci segala toxic yang penuh kat kulit tu and paling best akan hydrates the skin. So tak adalah kulit terlebih minyak or berpeta2 sebab kering! 

  3. Pilih skincare yang betul. Oh ho ni memang sangat kena titikberatkan. Jangan main aci redah je. Kulit tengah breaouts kita taknak la macam isi minyak kat api kan? So cari skincare yang no Paraben no Chemicals and all. Jangan kejar cepat cantik tapi akan datang kulit makin hancus :)

  4. Amalkan supplements! Husna cakap ni bukan sebab husna jual Shaklee. Tapi husna cakap sebab husna dah alami. Sihatkan balik sel kulit yang dah rosak tu and make sure badan kita kekal healthy :). Protein, vitamin C and multivitamin is a must kalau nak repair sel kulit :)
Faham ke faham ni? Hehehe. Ingat point husna, kita nak make up sebab saje saje and no pressure bukan nak make up sebab nak cover cela. 

Trust me girls, make up yang cantik adalah make up yang menaikkan seri wajah awak :)






Nah husna belanja gambar time majlis husna hari tu. Alhamdulillah make up artist ai pun puji cakap kulit ai senang nak make up sebab tak banyak perlu cover! Tak sia-sia kiter consistent Set Cantik Shaklee weeee! 

Love, 
Husna Bazlan



Kos Pertunangan

"Okay suruh dia datang on 30th ni.." 

Tanpa angin tanpa ribut tanpa petir tanpa juga segalanya tetibe abah mengeluarkan statement begitu.. Hang rasa? Sis macam nak pengsan hahaha. Kisahnya si H ni memang dah cakap dah ready nak datang.. Bila mama inform abah terus abah tak banyak cakap tak banyak soal and suruh get ready by 30th. 

And time tu dah 20th. Kira ada 10 days je nak prepare apa semua.. Kebetulan nak jadi cerita time tu pula raya. Jadi nak panggil orang datang tolong cater apa semua memang sangat tak menang tangan. 

Bila abah cakap suruh datang on 30th tu pun the first thing yang crossed my mind was okay that day closing! Haha nampak tak betapa cinta kasih i pada business tak mampu dibendung lol :p

But alhamdulillah Allah mudahkan sangat. Semuanya berjalan dengan sangat lancar and cuaca pun sangat memberi kerjasama hek hek. 

Husna memang jenis sorang yang sangat simple. Husna taknak over and nak settle cepat lagi senang. So my merising slash my engagement tak ada pun pelamin and all.

But still... IT COST A LOT! Sampai husna terduduk and terfikir ok ni baru tunang ok ni yang simple nanti kahwin acano ?! Hahaha. 

For dulangs kami 3 balas 5 sahaja. Itu pun hanya the basic ones and untuk semua (husna kira terus yang pihak lelaki la na) dalam RM3000.



For makans dalam RM2000 sebab kami ambil varieties. Bukan hanya satu lauk je. So macam ada two main courses (Nasi and Laksa Johor), kuih and all. 

For doorgifts, kami bagi a nice cookies yang my aunty tolong buat kan.. Tu dalam 50 packs tapi harga dalam nearly RM500 juga.



Khemah tak ada, just sewa meja and kerusi. Tu pun nearly thousand. 

Make up, sebab kira even ni one of my highlights and husna memang jenis tak make up and terpaksa hire orang, dalam RM400. 

Oh and photographer thank God ada kawan sudi bantu dalam RM300 macam tu.

So total cost for merisik and tunang sahaja hampir RM10,000. Husna tak boleh imagine yang jenis buat khemah berpuluh2, ada pelamin and all. 

Tu belum kahwin lagi *sisdahsemput!

Siapa cakap kahwin ni murah? Even you nak buat seadanya pun, you still perlu untuk keluarkan duit. Kita nak raikan orang sekeliling, kita nak hargai orang datang and memberi doa and restu.. Takkan nak jamu Nasi Goreng Telur Kicap sajaaa? :p

Alhamdulillah. Time ni memang husna sangat sangat sangat syukur husna buat side income. 

Why? Sebab dengan side income ni husna sendiri mampu menaja majlis husna. Husna boleh bayar and husna takpayah nak pening kepala ok lepas dah bayar ni den nak makan apa..

Betul lah orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Work hard even you rasa you tak ada reason pun nak work hard.

Cause when you do, time tu you dah tak kabut mana nak cekau duit :d



Sayang sangat these two! Thank you sebab sentiasa ada and sentiasa jadi my tulang belakang!

Now lets kumpul duit untuk kahwin! Siapa cakap perempuan senang lenang je nak kahwin? Hello kahwin ni kan sama-sama both sides, jadi tak perlu nak bebankan each other :)

Love,
Husna Bazlan


Monday 16 July 2018

KEBURUKAN PROTEIN!

Kalau siapa yang ada kenalan dia orang Shaklee, mesti dia akan pelik awat lah orang Shaklee ni dok obsess sangat dengan serbuk protein depa.




Amende yang bagus sangat nya ESP, Cinch apa semua tuu. Over sangat dorang dok pompang pompang kat FB and Blog.. Macam dorang tak boleh hidup lah takde benda alah tu.. Tu je la betul tu je la baik. 

Well, husna dulu pun berfikiran macam tu jugak.. Hebat sangat ke ESP ni sampai orang semua habaq nak cantik ambil ESP. Power sangat ke Cinch ni sampai orang semua macam menjatuhkan hukum "wajib" consume kalau nak kurus... Ehem ehem.. 

Sampailah husna ambil sendiri kedua tu and dah rasai sendiri segala yang dikompangkan. Memang betul guys! Tak percaya sila cuba.. Saya sendiri dah tejebak obsess dengan protein shaklee ni..

Till last weekend, bila husna sendiri dah nampak apa KEBURUKAN PROTEIN yang husna sendiri amalkan ni.. Memang bila dapat detect tu terus meraung menangis merayu2 why why why la this happen to me.. Guling2 pun dah tak guna dah time tu weh!

So apa keburukan dia? Keburukan dia once you skip ambil protein you akan terus makan tak ingat dunia! Ha ni la yang husna rasakan sendiri. Biasalah weekend masatu raya tak habis lagi.. Orang masih non stop buat open houses al maklumlah raya kan sebulan!



And husna makan basically everything and tak ada tanda2 kenyang hua i wanna cry! Macam tak reti2 kenyang and even dah kenyang pun tak rasa guilty nak sumbat sumbat and sumbat! 

Sangat ketara beza kalau husna mulakan hari dengan ESP or Cinch.. The whole day tenang je tak rasa nak makan merapu, apa pun kita makan.. Kita makan secara berpada and the best thing kan kita mudah say NO. 

"No husna dah lah tu tadi dah makan banyak kan."
"Ehek no thanks tadi husna baru je makan."
"Tak pela mama makan, nanti husna tolong bawa pinggan ke belakang ye."

Sebab entah.. Kita rasa penuh je and tak tergoda dengan makanan. Korang kena tahu, husna ni dulu gemok tau haha. So husna sangat lah phobia untuk gemok.. Rasa badan debab tu masih terasa utuh lagi.. Jadi salah satu cara husna berjaga adalah dengan make sure husna ambil protein yang secukupnya. 

And i choose dari Shaklee! Paling baik bagi husna and paling husna percaya effective dia insyaAllah



So kalau awak rasa nak makan junk food tanpa halangan, nak melantak sakan ha doksah la cuba ESP or Cinch. Nanti awak menangis tak berlagu bila perut tolak :p

Semua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukan lah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.


Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang supplement.


Pengedar Sah Shaklee,

Nurul Husna,
012-2707477

Sunday 15 July 2018

Mahalnya Kahwin!

Bila you dapat adik yang super tak membantu.. Sis sendiri pening macam mana nak sabar haha

Tadi husna ambil adik for 4 dari sekolah.. Entah macam mana ter mengadu kat dia yang bila nak kahwin ni duit banyak sangat pakai.. Nak kena beli tu nak kena beli ni.. Nak settle kan this and that.

Dont get me started pasal baju kahwin and all.




Korang tahu apa respond dia? Respond dia yang bikin sis rasa nak suruh dia keluar kereta and balik jalan kaki laaa haha

"Kak Husna tak payah kahwin laaa. Kahwin ni habiskan duit je." Haha ayat yang sangat tak membantu kakak dia yang tengah sakit kepala. 

Bila mengadu kat member dah kahwin respond dorang semua ha tahu tak pe weh nak majlis simple macam mana pun duit tetap mengalir ribu riban

Bila mengadu kat member yang belum kahwin pula semua macam oh oh okay den pun kena start mengumpul juga ni walaupun calon tak nampak lagi HAHAHA NI WIN! 

Bila mengadu kat adik sendiri, kak husna tak payah kahwin laa. Ceyt susah nak lepaskan kakak le teww hahaha 

Korang tolong doakan ye segalanya dipermudahkan.. Nanti kalau husna rajin husna share sekali list what to do and donts. Semestinya bila semua dah settle la.. Sekarang sis pun banyak tak reti.. Tadi baru tahu nak daftar kahwin kena pergi dulu kursus kahwin! Lol 

Nasib baik ada shaklee. Seriously guys kalau tak ada income dari Shaklee ni tatau la tebal mana muka sis semua benda ditanggung abah kan.. Ye lah yang nak kahwin nya kita.. Kena lah ada effort juga nak bayar sendiri kan.. 

Kalau tak ada ikhtiar dari mana nak datangnya duit tu.. So siapa senasib macam husna yang rasa mahalnya nak kahwin? Come lah msg husna, kita buat sama2 kasi jadi insyaAllah. 

Husna akan sehabis baik tolong awak, sebab husna sendiri faham and terbuntang mata OMG MAHALNYA KAHWIN!


Hahahha

Husna, 
012-2707477

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...