Sunday 22 July 2018

Hidup ni TAK ADIL!!!!

Kita ni memang dari kecik ada je tak puas hati. Tu tak kena ni tak kena. Dahlah suka merungut pasal hidup sendiri. Kita tambah lagi dengan asyik merendahkan diri sendiri. 

How? Dengan compare diri kita and hidup kita dengan orang lain. Ayat kan best tu kan best ni dah sebati sangat dengan hidup ni.. 

Ya! Hidup ini memang tak adil. Tapi Allah Maha Baik.

Dulu kalau perempuan yang memilih untuk bekerja berbanding duduk rumah, orang akan kata "hmm dia ni nak beli barang mahal lah ni thats why dia kerja.. Sebab husband dia dah cukup je duit nak tanggung.. Tapi dia nak jugak bekerja.. Nak berlagak la tu!"

Bila perempuan memilih untuk duduk rumah dan jaga family pula orang akan kata, "Lah dah belajar jauh2 tinggi2 nak duduk rumah pula.. Duduk rumah jadi berkubang lah dengan anak-anak.. Otak pun akan jadi sempit and tepu sebab tak bergaul dengan orang. Tak faham dengan orang yang sanggup nak tengok husband dia kerja and dia relax je kat rumah.."

The list goes on and on and on. Pokoknya orang memang takkan berhenti bercakap. What to do? Abaikan sahaja!!!! 

Orang memang takkan berhenti bercakap. Lagi2 zaman sekarang yang konon semuanya ada hak bersuara sampai berkata-kata tanpa fikirkan perasaan orang. 

So let them be.. Kita jadi diri kita.. Cause hakikatnya kita yang tahu kehidupan kita.. Apa yang kita sedang alami dan apa yang kita mahukan dalam hidup. 

Semua orang ada pandangan masing-masing tentang hidup ni.. Apa pandangan kita tu yang menunjukkan siapa kita yang sebenarnya. Pedulikan apa orang kata.. Kalau kita rasa inferior dengan diri sendiri, kita akan mencari salah dan aib orang lain untuk membuatkan kita rasa kita okay and better. Tak baik kan?

Tapi kalau kita syukur and sentiasa sayang diri kita, kita akan mudah nak respect orang..


Jadi tak payah fikir apa orang nak kata.. Unless kalau kata-kata orang tu mendekatkan kita dengan Allah Taala. Remember, Allah Sangat Baik dan Sangat Adil. So jaga diri jaga tingkah laku jaga percakapan. 

Cause what goes around comes around :D

No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...