Tuesday 30 October 2018

Dunia Sebenar

Since last weekend my social media penuh dengan gambar graduations. Time ni rasa macam awwwh cantik2 nya semua orang kemain posing dengan jubah kan! Hahaha

Terus teringat (ha mula la nak jugak kan) how i started this business.. Actually husna mula business ni lepas husna habis study juga.. Time tu husna ingatkan dah berjaya habis lah but rupanya husna silap.. Bila kita habis belajar itulah saat kita baru menjalani kehidupan sebenar, itulah saat kita menghadapi reality terkini.



That was the moment i realised im all by my own. I mean time study dulu boleh la mntk mak ayah duit or buat pinjaman or apply biasiswa and all.. But once you dah habis you dah kena tahu tanggungjawab menanti you. 

Tanggungjawab kita pada diri kita.. Segala makan pakai bills 
Tanggungjawab kita pada sekeliling kita.. Adik beradik yang memerlukan
Tanggungjawab kita pada parents kita.. Ni tak perlu syarah kan sila faham sendiri hiks!
Tanggungjawab kita pada negara.. Kalau time belajar ambil pinjaman kena bayar balik na

And semua tu memerlukan tak lain tak bukan ; DUIT.



Husna ambil masa yang sangat lama fikir apa husna nak buat dengan masa depan husna, apa husna nak kerja, dimana dan dengan siapa. Knowing myself, saya ni jenis tak suka kerja bawah orang. Jenis kalau taknak tu taknak la! Jadi hanya ada dua options time ni ; sambung belajar or kerja sendiri. 

Okay option pertama memang tolak tepi sat. Option kedua fikir sejuta kali, nak kerja sendiri macam mana weh basic business pn tak ada!

Long story short im so glad im here now. Dah dua tahun husna berniaga Shaklee dan sikit pn tak ada sesalan dihati. I chose the right path and im really grateful :)

Business yang tak perlu modal
Business yang selamat dan structure yang benar
Business yang tak bermusim and sentiasa on demand
Business yang dah lama menapak and secure 
Business yang semua orang ada peluang yang sama untuk berjaya!

Im not saying business ni sangat mudah, its not. Tak ada apa yang mudah dalam dunia ni kan? Even nak kata tidur mudah pn tak juga sebab ada je orang yang insomnia hehe 

Tapi bagi sesiapa yang sedang mencari income or sedang cari kerja, there's no harm untuk awak cuba jalan ni. Kalau husna yang tak ada basic meniaga pn boleh, awak apatah lagi kan? :)

Dah nak masuk tahun 2020 dah, kalau bukan kita nak ubah hidup kita siapa lagi kan? :D

Xx,
Husna Bazlan

Whats Your Value?



Korang pernah tengok tak cerita Mohabbatein? Husna rasa 7/8 orang Malaysia ni mesti pernah kan tengok this movie. 

Basically cerita ni pasal a girl yang suicide sebab ayah dia tak restu dia bercinta and her father ni expelled that boy and lepas dah few years that boy datang balik and work for him. 

Kalau siapa yang tak pernah tengok lagi memang wajib tengok cerita ni, banyak sangat values yang kita boleh belajar. 

Inilah yang husna nak tekankan dalam topic hari ni.. Kita semua hidup ni ada value yang tersendiri.. Value tu apa? Value tu benda yang kita pentingkan and benda yang kita pegang la.. Macam prinsip la senang cerita hehe. Ada orang dia hidup berprinsipkan cinta dan keluarga, ada orang hidup dia berprinsipkan fame, ada orang hidup dia berprinsipkan education, ada orang hidup dia berprinsipkan spouse dia semata. 

Lain orang lain benda yang dia value :)

Same goes to this movie, ada dua watak utama yang husna nak tekankan and memang yang cerita ni cerita pn haha. Satu Bachan Satu SRK. Satu orang tua yang walaupun anak dia dah suicide dia tetap berpegang teguh and tak goyah dengan prinsip dia.. Prinsip dia yang tak ada siapa boleh ubah, prinsip dia yang dia tetap pegang walau apa pn yang mendatang.



Sama macam SRK, kalau kita tengok dia tu dahlah girlfriend dah mati, kena buang sekolah, susah nak cari sekolah lain, hidup kena survive sendiri.. Yet dia masih came back pada orang yang menjadi punca segalanya.. Why? Sebab prinsip dia. 

So kita semua dalam dunia ni ada prinsip and benda yang kita value dalam hidup ni.. Perkara tu yang akan membuatkan kita terus berjaya atau mundur.. Prinsip kita tu yang akan menentukan kita kuat atau tidak.. Prinsip kita tu yang akan menjadikan diri kita as kita. 

Penting ke prinsip ni? Penting ke kita ask ourself apa yang kita value dalam hidup ni? If you ask me i would say yes and yes and yes! Bila husna dalam bidang business ni lagi husna nampak kepenting you kena ada pendirian dalam diri you.



You nak business untuk apa.. Siapa yang you value, apa yang you value semua tu dah kena tahu dah sebelum kita mulakan apa-apa :). 

Jadi kalau awak macam lalang yang kejap kekiri kejap kekanan kejap semangat kejap down kejap lompat sana sini, ambil la masa and tanya diri awak ;

HANG NI NAK APA SEBENARNYA? :D

Xx,
Husna Bazlan

Monday 29 October 2018

The Afterward

Awal bulan haritu i went to Bandung untuk cari barang kahwin. Haha kat sana so murah you wont regret! Kitaorang gerak so pagi like jam 4 pagi tu dah keluar dari rumah. Sampai KLIA memang cun terus solat subuh and naik flight. Dalam flight tidur bagaikan tiada hari esok haha lol.

Bila sampai tu, the first benda dalam fikiran husna terus teringat moments husna study dulu. I used to study kat Indonesia and i must say time tu tak adalah good memory sangat for me. I menghadapi depression and almost cant even recognised myself. Yes that bad.

My point here bukanlah husna nak bukak balik memory and apa jadi kat sana.. Tapi husna nak cerita my feelings. Bila sampai tu everything macam sama walaupun berlainan tempat. It was like KL and Selangor la kan.. The buildings and structure and kedai semua sepesen and lebih kurang.

So bila kat Bandung tu husna tak boleh nak menidakkan perasaan yang sama. The familiar places kan.. But i must say, im glad i went to Bandung. Sebab bila terkenang pengalaman husna time study and all, sikit pn husna tak rasa and dah lupakan "sakit" husna masa lalu.

Sepanjang perjalanan i can smile and uhm relieved? Haha. Sebab kalau sebelum pergi Bandung kalau ada orang tanya husna nak tak pergi Indonesia husna akan cakap taknak sebab takut sakit tu kembali. But kat Bandung masatu husna boleh senyum and glad i went there.

Macam tu la hidup kan.. Waktu kita alami tu kita selalu rasa bagaikan tiada hari esok, kita rasa macam thats the end of the world.. Kita cukup takut nak lalui the same thing and even bila lalui tu pn kita rapuh sangat.

But trust me guys, bila that phase dah berlalu semua perasaan tu turut sama hilang! Bila kita dah berjaya lalui semua tu, kesakitan tu dah hilang. 

So embrace and cherish the moments. Cause in the end, semua tu untuk mengajar and buat kita lagi kuat! :)



Xx,
Husna Bazlan

Sunday 28 October 2018

Tips Kekal Muda Jelita

Tu mak dia ke? 

Pernah tak korang pergi somewhere and nampak mak dan anak lepastu terdetik eh tu mak dia ke? So unbelievable sebab mak dia nampak so muda and jelita hehe. 

Ive been there malah selalu sangat rasa macam tu. No la bukan saya yang mak tu hello tak kahwin lagi ok! Tapi husna selalu je pergi somewhere or jumpa kawan2 mama and rasa macam tu. Rasa macam betul ke dia ni mak yang ada anak2 yang dah besar cause dia tak nampak langsung macam tu haha. 

But its a good thing la kan.. Maknanya tak mustahil untuk kita nampak muda walaupun usia kita dah lanjut.. Maknanya boleh jadi kita kekalkan muka muda walaupun kita dah usia lanjut :). 

How? Dengan tidak meninggalkan collagen dan vitamin C. I know i know, husna ni mesti nak jual je ni tu yang cakap kena consume vitamin C and Collagen. But its true guys, penghasilan collagen secara semulajadi menurun seiring dengan peningkatan usia kita.. Makin berusia collagen dalam badan kita makin kurang dan ianya menyebabkan kehilangan keanjalan, ketegangan, penghasilan kedutan dan garis halus. 

Sementara itu, pendedahan kepada pencemaran alam sekitar dan tekanan mengurangkan tahap vitamin C kita. Pengambilan secara tetap vitamin C dan Kolagen telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam persepsi pengambilan kulit dan pengurangan kedutan yang jelas. Kedua-dua sahabat baik kulit ini bekerjasama memberikan kita peningkatan kesihatan kesihatan kulit yang ketara!


Nampak kan betapa perlu and bezanya bila kita ambil collagen and vitamin C ni :)

Sebab tu husna kata, kalau nak kulit cantik pls jangan tinggalkan vitamin C and Collagen. Cause these two yang akan bantu awak mendapatkan kulit idaman awak :D



  • Collagen :

    -Membekalkan 4000 mg Kolagen Sisik Ikan Merah, kolagen yang dipilih dengan teliti dan diekstrak dari sisik Ikan Merah
    -Memberi lebih daripada kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk Ekstrak biji Camelia Japonica, Ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C, B2 dan B6
    -Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi
    -Pek individu untuk pengambilan segera pada bila-bila masa dan dimana sahaja (very the easy kan weee)

  • Vitamin C :

    -Produk semula jadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif
    -Sistem perlepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam
    -Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya. 

Husna dah cuba dua-dua and i must say ianya sangat berkesan :). Bukan sahaja in terms of kita akan dapat kulit yang cantik, tapi kita akan dapat kulit yang sihat. Itu yang penting kan :D

Jadi kalau korang nak kulit kekal muda and jelita berpanjangan jangan hesitate nak cuba these two! Bagi masa sebulan je confirm akan jatuh cinta poreber yeay! Hiks! 


Semua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukan lah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang supplement.

Pengedar Sah Shaklee,
Nurul Husna,

012-2707477






5 Sebab Badan Kita Memerlukan Kolagen

Husna dah kenal collagen ni lama dah, sebelum husna meniaga shaklee lagi. My mum pengguna tegar collagen shaklee. Tapi sis tak ambil la.

Even lepas husna dah mula berkecimpung dengan business ni pn husna still tak consume sebab rasa "muda and tak perlu" HAHA so perasan i know! Sampailah last year i went to Japan and tengok masters Shaklee ni semua kulit gebu and cantik semacam!
Kebetulan bila balik tu pula ada kelas nutrisi pasal Collagen and nutritionist tu tekankan pengambilan collagen seawal 20an. Sebab time tu collagen dalam badan kita dah mula berkurangan kan..

Time tu terus kemain sis beli collagen and terus consume and commit. Tapi kejap je la haha pastu on off semula teghuk betul perangai isk isk. 

Anyway no worries sebab this past few months husna dah consume collagen balik sebab nak kahwin. Haha ni la manusia, bila ada sebab baru nak ambil :/. Korang tahu tak kenapa kena ambil collagen ni? 

Tahu kan collagen sangat terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan kita terutamanya tang kulit (sebab ni la ai ambil lol). Tapi ada juga sebab lain yang mewajibkan kita consume collagen starting today! 


  1. Kolagen Adalah Bahan Utama Untuk Kulit Yang Lebih Tegang

    30% protein dalam badan kita adalah collagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. 

    Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit kita secara beransur-ansur hilang keanjalan dan ketegangan. Tambahan suplemen collagen ke dalam rejim supplement harian kita kalau taknak kulit kendut dan berkedut! 

  2. Kolagen Mengokong Kesihatan Sendi 

    Disebabkan kolagen membantuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatannya, fleksibiliti dan pergerakan sendi. Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif kita. 

  3. Katakan YA Kepada Rambut Dan Kuku Sihat 

    Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan. Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku supaya mereka tumbuh sihat, memberikan kita rambut dan kukut yang kuat dan teguh. 

  4. Penghasilan Kolagen Berkurangan Setiap Tahun 

    Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan anda menghasilkan 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. 

    Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan dan kulit yang kering serta kusam. Ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi tahun, jadi mula ambil collagen nowwww!

  5. Kolagen Anda Rosak Setiap Hari

    Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UB menghasilkan radikal bebas dibawah kulit kita, menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolahen menjadi rendah, menyebabkan penuaan pramatang. Walaupun kita tak boleh elakkan diri dari pencemaran dan sinaran UV, kita boleh kekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan harian kolagen.
Jadi dah nampak kan keperluan collagen ni? Bukan sahaja penting untuk kulit tapi basically dia cover a sampai z badan kita. Jadi kalau nak badan yang sihat and kuat pls jangan culas ambil collagen :). I chose collagen brand Shaklee cause i know thats the best for me. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh msg husna je naa hihi

Semua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukan lah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.


Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang supplement.

Pengedar Sah Shaklee,



Nurul Husna,

012-2707477

Saturday 27 October 2018

The Blind Side

Orang lain sebok tengok bola. Kita sebok tengok cerita lain hew hew. 

Its weekend night, masa bonding bersama family. Actually kalau weekend dari pagi sampai malam memang husna peruntukan untuk keluarga... Dari zaman sekolah dulu kalau kawan ajak keluar pn time weekend memang i would say no :DD

Anyway malam ni tak fullhouse sebab all the guys sebok pergi stadium tengok bola *rolling eyes. So kami gang2 gegirls ni decided to watch movie (bukan bola ok tak faham apa yang orang minat sangat bola tu, dah dapat dia tendang pula :/).

So here we are watching The Blind Side. Actually husna dah few times tengok cerita ni (tak pernah bosan even dah tengok sejuta kali) tapi mama baru nak tengok. Oh sis memang jatuh cinta sungguh kat cerita ni jadi tak kisah kalau nak tengok again hihi. 

You guys should really watch this movie. Bila husna tengok cerita ni mesti akan bertambah2 rasa kesyukuran dalam diri ni. 

Ada one part bila that lady sediakan dia satu bilik and this boy macam so overwhelming, this lady tanya kenapa terharu ke dapat bilik sendiri? That boy jawab tak its just ni first time dia dapat katil sendiri. OMG i cried like a baby :(((

Kita hidup ni selalu rasa kita je la paling susah.. Kita selalu rasa kita la paling diuji kita la yang paling hina sekali katanya. Selalu rasa kita dibawah sampai kita lupa nak bersyukur.. Selalu rasa down sampai kita lupa nak ucap Alhamdulillah. 

Walhal kita semua maklum kalau dengan sekecil2 perkara pn kita tak syukur dan hargai, tang mana nak datang yang besar?

Jadi belajar bersyukur.. Lazimi ucapan Alhamdulillah dan sentiasa bisik pada diri yang if you want more, you have to appreciate apa yang ada depan mata dulu :)

Its not that hard actually, banyakkan membaca and jangan fikir pasal diri sendiri sahaja :D


Xx,
Husna Bazlan

Caramel VS Mint

"Jom ice cream nak?"

Terbuntang mata husna bila mama ajak makan ice cream haha. Sebab kami baru je makan heavy meal kan so perut ni dah terlebih kenyang ; nak kata perut kecik le teww ehem ehem haha

Tapi sebab mama dah ajak kan takkan nak say no. Jadi sis pn angguk and kami menuju ke kedai icre cream depan lift Pavi level Ground (ice cream kat situ sangat sedap btw)! Memula sampai ingat nak bagi mama je order kita acah jual mahal kan.. Tapi bila dah sampai takde maknanya haha sis pn nak jugak. 

Jenuh la belek all the flavours tak tahu nak cuba yang mana.. Usually kalau beli ice cream husna suka flavour yang rasa berlemak manis macam caramel or hazelnut or milo macam tu kan.. Tapi time tu perut kenyang jadi tak berapa nak selera ambil that kinda flavour. 

So i chose Mint. Tak pernah okay dalam sejarah hidup husna, husna ambil ice cream perisa mint! Haha.. Entah lah rasa macam tak kena dengan tekak. Tapi at that time just nak something fresh so i decided to chose that.



And im really glad i did! Sedap rupanya rasa mint ni weh hahahha. Memang licin habis husna makan satu cup tu (time ni kenyang kemana tatau ;p). 

I guess macam tu la jugak dalam hidup ni kan.. Kita cukup takut nak cuba benda baru.. Kita cukup risau kalau benda baru yang kita cuba tu tak sesuai and tak kena.. Kita lebih selesa paksa diri cuba benda yang sama walaupun adakala kita dah taknak or muak or bosan. 

Thats human. Sebab kita dah biasa dari kecik dihalang untuk cuba something new kan.. Perasan tak waktu kita toddler, kita suka sangat nak capai or nak explore everything kan.. Pastu selalu kena tegah and kena marah dengan our parents or orang2 tua. 

No dont do that
Haip jangan ambil tu
Aip nak poie mana tu haha

Sampailah kita dah besar.. Even waktu masuk Uni pn kita akan ambil course yang mak ayah kakak abang kita ambil. Kita cukup takut nak try something new ;)

Come on guys. Dah nak masuk tahun 2020 dah. We can do better! Tak salah nak cuba benda baru selagi benda tu masih dalam syariat Tuhan :). Kalau bukan kita yang nak step up and cuba pecahkan comfort zone kita, siapa lagi? :)

We never know how sedap ice cream perisa Mint unless kita sendiri yang cuba kan? :D

Tulang Kuat Tulang Sihat

"Minumlah susu kalau nak tulang sihat."
"Minumlah susu kalau taknak tulang rapuh."

Ha siapa pernah dengar tagline ni? Memang popular kan lagi2 kalau iklan susu. Hahaha almost semuanya berkenaan dengan tulang!

Tapi tahukah anda, untuk mendapat tulang yang sihat kita bukan sahaja memerlukan kalsium yang cukup but more thn that! 

Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita kuat and sihat.. Kena and wajib ada gabungan daripada mineral-mineral lain yang diperlukan badan bagi menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan kita rasa muda je walaupun dah tua nanti hihi. 

So basically apa yang diperlukan oleh tulang kita untuk tidak rapuh dan kekal kuat? 


  1. Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita 
    -Bahan utama untuk memastikan tulang yang kuat dan sihat 
    -Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hidup 
    -Disarankan untuk mengambil 1000 mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus. 

  2. Magnesium adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium didalam badan. Ia menyokong :
    -Proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium
    -Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300 mgsehari untuk perkembangan tulang yang sihat. 

  3. Vitamin D yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadaran tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D membantu :
    -Meransang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan
    -Mengekalkan paras kalsum dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.

  4. Boron ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan.
    -Ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal.
    -Menyokong penggunaan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara efektif.

  5. Mangan, Kuprum dan Zink
    Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk :
    -Mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang
    -Melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.

Alamak macam banyak je nak kena ambil kalau nak tulang yang padu and sihat! Dont worry guys, Shaklee dah sediakan sejenis vitamin yang lengkap dah dengan semua diatas untuk kepadatan tulang kita :)






InsyaAllah dengan pengambilan Ostematrix secara konsisten kita mampu mendapat tulang yang kuat dan mampu elak dari sebarang penyakit seperti tulang yang rapuh :)

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh whats app husna ye? InsyaAllah husna akan berikan consultation yang terbaik buat anda :D


Semua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukan lah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.



Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang supplement.





Pengedar Sah Shaklee,



Nurul Husna,

012-2707477


Tuesday 23 October 2018

Berlainan Ujian

"Ingatkan ujian aku dah berat sangat dah."

That was my detikan bila husna pergi seminar last weekend. Biasalah kalau pergi seminar kan ada je part where people share why dorang take a chance untuk ubah hidup dorang kan.. 

So ada sorang participant ni share dia nak business untuk mak ayah dia (very common kan orang nak buat and jadi yang terbaik sebab mak ayah). Tapi part yang husna tersentuh bila dia kata dia ada lapan adik beradik and almost semua bekerja tapi mak ayah dorang pn masih bekerja. 

Maknanya adik beradik ramai, semua dah ada income tapi mak ayah still kena kerja to support themselves.



Maknanya adik beradik ramai pn tapi tak mampu nak sara mak ayah. Jadi mak ayah masih kena pergi kerja which is menoreh getah untuk tampung kehidupan. Part yang paling terkesan bilamana ayah beliau seorang penoreh getah yang menghidap kencing manis yang kronik tapi every morning gigih naik motor untuk ke kerja.

Time tu husna rasa dang rasa kena tampar laju2. Kita jenuh la dok ingat kita ni la yang paling diuji kita je la ujian paling berat kita je la tak boleh focus sebab kena itu ini.. Sampai kita lupa kat luar sana ramai yang mengalami nasib yang lagi tak berapa baik dari kita. 

Jadi kenapa mengeluh dengan ujian yang sedia ada? Kenapa tak boleh focus on the bright side? Kenapa tak boleh count your blessings kenapa nak kena tengok part yang Allah duga sikit je? 

Kita memang macam tu la kan.. Sebab tu ada pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. 

Husna teringat husna ada baca satu statement dari master power yang sangat husna hormati.. Katanya kita hidup ni masing2 akan diuji mengikut kemampuan kita.. Macam waktu kita sekolah dulu la kan.. Waktu kita darjah satu tak sama periksanya dengan waktu kita form five. 

So tak boleh la pelajar form five pergi kat budak darjah satu and marah weh apahal soalan exam kau senang aku susah? Hahahah gila apa terkucil budak tu tak pepasal kang! 

But betul la kan. Kita semua akan diuji mengikut peringkat kita.. And Allah tak zalim guys. Allah uji kita sebab atas dasar kemampuan kita. Allah uji kita sebab nak kita tahu Dia ada and Dia sentiasa ada bersama kita.



So embrace your ujian! I know its hard. Of course its hard.. Tapi bila kita dah berjaya lalui dengan kemenangan kita akan rasa manisnya ujian tersebut. 

Jadi kalau anda sedang berniaga atau buat apa2 dan hadapi ujian, terus melakukan apa yang anda sedang lakukan and dekatkan diri dengan Allah. 

Allah ada! Allah Maha Baik dan Allah takkan pernah khianati kita :')

Love,
Husna Bazlan

Rahsia Kulit Makin Muda

Pernah tak korang alami fasa bila bertemu orang, soalan pertama orang tu will be about your appearance. 

Tak takk. Bukan dia tegur perfume baru korang or baju korang yang belang2 tu.. Tapi dia tegur kulit korang!

"Eh asal muka nampak lain sangat sekarang!"
"Eh suka tengok kulit awak."
"OMG flawless gila husna. Nak pegang pipi tu boleh?!"

And the list goes on and on and on. Sampai husna rasa tak tahu nak take it as a compliments ataupun macam perlian. Rasa macam dulu huduh sangat ke den ni sampai beria nau orang tanya sampai nak cubit2 pipi i hahahah

Terasa drastik teguran tu bilamana kalau zaman dulu2 bila jumpa orang sambil dukung adik bongsu, orang akan tanya tu anak ke? :/

Sekarang bila umur dah ada kawan yang dah jadi mak and kita jalan dengan dukung dua anak buah orang akan macam eh comelnya adik!

Haha zaman dah terbalik!!! So today husna bermurah hati nak share tips macam mana nak buat kulit awak muda semula. In my case dulu waktu zaman persekolahan orang ingat sis ni makcik2 or mak2 sekarang dah pangkat makcik orang ingat sis pelajar lagi hiks :p

  1. Banyakkan minum air masak


    Haha believe it or not. Cliche macam mana pn point ni its true guys! Minumlah air masak sebanyak yang anda boleh dalam masa satu hari. Kalau boleh lebih dari 3 litre kalau anda serious nak pulihkan usia kulit anda. 

  2. Banyakkan senyuman and dont overthinking


    Nak fikir boleh tapi banyakkan fikir macam mana nak baikkan diri and sekeliling. Stop fikir yang bukan2 dan buruk sangka pada orang dan yang Mencipta kita. Why? Sebab semua tu akan buat kita dok berkerut and unhappy. Bila kita tak happy muka nampak tua je. 

    Kalau tak percaya cuba pergi depan cermin and senyum lepastu frowning. Which one better? :)

  3. Amalkan vitamin C dan protein yang lengkap!


    Ni tak tipu. Im telling you this bukan sebab imma seller. Tapi ni memang kenyataannya! Husna perasan kulit husna mengalami perubahan yang ketara bila husna mula add on vitamins in my life.

    Walaupun hakikatnya husna ambil vitamin C tu atas sebab nak heal my resdung je.. Tapi makin lama husna amalkan kulit jadi makin bersih muda and cerah (the whole body tau bukan kulit muka je hahaha).

  4. Do not miss your sunblock!!!


    Point ni selalu dipandang enteng oleh masyarakat Asia. So pelik dia ingat dia tinggal kat gua ke apo yang tak ada access sunlight hahah. 

    Sunblock ni sangat penting ye kawan2. Ia melindungi kulit kita dari sinaran matahari.. Kalau kulit kita terlebih exposed to sunlight ianya akan menyebabkan kulit kita mudah kena pigmentation, garis halus and worst, mudah kedut! Ha hang jangan buat memain na.. Nak kulit muda kulit cantik jangan malas pakai sunblock :D

    Nak sunblock yang lengkap and tak mudharatkan boleh cuba sunblock dari Youth. Eh sempat promote hihi
Okay sekian tips husna untuk pagi ni. Walaupun nampak simple tapi kalau korang bebetul amalkan everyday memang akan dapat kesan yang amazing! Bukan kulit je makin cantik tapi badan pun akan makin sihat tau :)

Xx,
Husna Bazlan

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...