Saturday 30 December 2017

PERSEDIAAN NOTIS 24 JAM!!!

Malam ni terasa nak share satu benda.. Sejak husna habis belajar sampai sekarang ramai sangat orang selalu tanya husna ;

"Selamat ke business ni? Secure ke?"

"Taknak kerja dengan orang ke? Sampai bila nak business ni? Buat fulltime ke or side income je?"

"Apa yang buat husna berani sangat nak berniaga ni?"

"Kalau saya nak berniaga macam husna jugak.. Saya patut tinggal terus ke kerja hakiki saya?"

Maka sebelum husna lebih2 nak cerita, husna nak habaq dulu hehe.. Yes saya lepas habis belajar terus buat keputusan nak berniaga sendiri. Taknak kerja bawah orang.. Taknak kerja office hour.. Taknak kerja walaupun bidang yang husna ambil melayakkan husna kerja dimana2. :)

Husna juga bukan dikalangan atau berlatarbelakangkan mereka yang berniaga.. Mak ke ayah ke even my course time study dulu bukan business.

But still, semua tu tak menghalang husna daripada pursue apa yang husna inginkan.

Shaklee ni business pertama husna.. Dulu tak pernah langsung minat and terdetik nak niaga.. Tapi dengan asbab shaklee lah husna yakin insyaAllah masa depan husna kekal cerah selagi husna commit and consistent :)

Kenapa husna jatuh cinta dengan business shaklee? Sebab husna sendiri yang menggunakannya. Alhamdulillah husna dapat kulit idaman and Alhamdulillah berat badan husna turun banyak sangat dengan shaklee ni..

Bila physical husna dah banyak sangat perubahan.. Orang sekeliling mula bertanya dan curious. Jadi mulalah husna fikir why not dari sharing and alang2 dapatkan "habuannya" sekali kan :D

Alhamdulillah sebulan husna buat shaklee. Bulan pertama husna berniaga shaklee dah melayakkan husna dapat bonus 4 angka terus. Kalau gaji kawan2 husna yang sama2 habis belajar dengan husna and makan gaji.

Dari situ husna yakin this business is SOMETHING! Cause i started dengan zero modal! Sekarang income alhamdulillah dah 5 angka. Tak sampai 3 tahun niaga income dah 5 angka? Cuba bayangkan kalau husna really focus for the next 5-10 years? :D

Alhamdulillah..

Jadi berbalik pada topic kita.. Apa persediaan nak bagi notis kat boss?

Tengok macam syiok je kan kerja dari rumah ni.. Macam best je boleh pergi sana sini bebas tanpa perlu runsing pasal punch card hehe

Sebab kan ramai sangat2 orang selalu tanya husna pasal ni.. Jadi husna nak share few tips dari saya yang amateur ni.. Pls bear in mind husna sendiri baru sahaja berjinak dalam bidang ni yea :D



  1. SEDIA NAK STARTOVER.

    Macam kalau anda yang dah biasa makan gaji kan.. Kata kan gaji paling sikit sebulan dapat dalam RM2500. RM2500 tu banyak je yang kita boleh guna untuk commitments kita. So kena tahu once kita dah buat keputusan nak berhentii.. Kita takkan senang2 dah setiap bulan dapat RM2500 tu. Kena biasakan diri duit takkan masuk tanpa usaha kita dulu.
  2. BERSIHKAN DIRI DARI HUTANG.

    Maksudnya kalau boleh keluarkan diri dari semua hutang yang kita buat.. Contoh macam kita dulu kena ada prepare 5 bulan gaji bersih yang tak diusik ke.. Supaya walaupun kita dah berhenti kita still boleh bayar duit kereta apa semua.. Kalau boleh berhenti and kawal diri dari perbelanjaan juga :)
  3. START TERUS

    Sebelum kita resign tu make sure dah ada plan apa strategy kita. Apa yang kita nak jual kalau kita nak business misalnya. Semua tu dah kena tahu supaya kita tak blur and kita terus bertindak. Elakkan diri buat benda yang akan membebankan kita macam buat loan untuk start up something.. Zaman sekarang sangat2 mudah untuk kita buat business dengan "apa yang ada" dan 0 modal.
  4. YAKIN DENGAN APA YANG ANDA LAKUKAN.

    Have faith in yourself. Bila kita decide kita nak berhenti kerja, orang pasti akan mempersoalkan and bertanya. Tak kurang juga yang nak memperlekehkan kita. Jadi make sure kita yakin and kita nampak kita akan pergi kemana dan apa future kita (ada perancangan) dan teguh dengan stand kita :)
  5. CARI BUSINESS YANG ORANG DEMAND

    Zaman sekarang ni niaga dah tak pelik dah dikalangan kita.. Product semua bagaikan cendawan tumbuh.. Sana sini apa kita nak semua senang sangat dapat.. Sebab tu kena make sure kita jual apa yang kita sendiri yakin and kita tahu penghasilannya. Sebab in the end orang akan pergi kepada quality.

    Seterusnya kalau boleh income yang kita dapat awal2 tu jangan terus boros nak habiskan semua. Make sure ada pembahagian untuk simpanan supaya ada back up kita kalau ditimpa apa2.
  6. SERAHKAN PADA YANG MAHA MEMBERI

    Bila nak berniaga ni boss kita Allah Taala. Tempat kita bergantung and yakin Dia yang akan bagi kita rezeki. Jadi serahkan dan yakin dengan rezeki Allah yang sangat luas.

    Banyakkan doa dan minta dengan Allah. Jangan malu nak mohon apa kita impikan ok? :)
Husna rasa setakat ni itu sahaja perkongsian husna :). Husna doakan anda yang membaca ni capai apa kita nak.. Usah ragu and jangan takut nak keluar dari comfort zone kita ok? :D

Psst, siapa yang nak join husna dalam misi #BonusKepuk2018 boleh direct msg husna kay? Kita buat sama2 sampai jadi insyaAllah :D

012.270.7477

No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...