Sunday 4 November 2018

To Do List

Pernah tak korang set in mind okay nanti kena beli sekian sekian, pastu balik rumah dang aku lupa nak beli!

Hahahah husna selalu kena, lagi-lagi kalu pergi Guardian or Watson.. Ya know kita masuk nak beli benda lain sekali dah sampai rumah kita terlupa nak beli benda yang kita nak and kita balik rumah dengan 3 plastic barang2 yang kita taknak pn. Haha.

Rasanya ramai yang pernah alami situasi ni kan? :). Sebab tu kalau kita pergi supermarket or pasar kita selalu perasan kat tangan acik-acik tu ada kertas list barang apa dorang nak beli kan? Sebab ni lah, kalau tak list and tak tulis or setakat dalam kepala confirm akan ada yang tercicir. 

Same thing dengan to do list. Kalau perasan mereka yang berjaya and orang yang excel dalam pelajarang mesti mereka dah atur dulu kehidupan mereka. Maybe ada sticky notes kat tepi katil tulis apa kita perlu buat for today or dorang dah set in their reminder dalam hari ni kena selesaikan task apa. 

Basically its there. Ada. Tak ada istilah go with the flow kalau you nak berjaya. Sebelum husna mula business ni honestly husna one of them yang jenis tak berapa nak structure hidup ni haha. Jenis okay kalau sempat kita settle kan la kalau tak dan esok kan ada. Hmm hasil dia memang sedar2 dah akhir tahun perkara yang perlu buat kita tak buat, banyak perhabih masa and beras je! 

Kita selalu pandang remeh to do list ni.. Rasa tak perlu rasa tak penting rasa skema and all, little that we know benda simple ni la yang bantu kita selesaikan perkara yang besar and mustahak!


So kalau anda nak berjaya or nak hidup yang lebih tersusun serta cemerlang gemilang and terbilang, buatlah to do list! Its not that hard actually, sebelum tidur kita tulis siap2 apa kita nak kena buat untuk esok. 

Listkan yang penting je tau! Maybe dalam 3-4 perkara and bila dah settle tick! By the end of the day kita akan nampak eh boleh je settle and somehow kita akan bangga dengan diri sendiri sebab kita berjaya bertanggungjawab hiks!



Remember, we cannot change the world.. Tapi kita boleh ubah dengan ubah diri sendiri dahulu.. How? Buat mana yang penting and focus mana yang perlu focus. Kalau tak tak ada beza lah kita dengan barang yang penting tapi dilupakan saat kita melangkah ke Guardian :)

Xx,
Husna Bazlan

No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...