Wednesday 29 November 2017

PHYTOCOL SHAKLEE

MENURUNKAN KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI 

Phytocol : Membantu memperbaiki kesihatan anda

Sterol dan stanol tumbuhan adalah sebatian semulajadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian. Kajian menunjukkan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda. Oleh kerana ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol, mereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan.



PERBEZAAN PHYTOCOL SHAKLEE 

Phytocol - St adalah formulasi proprietari dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolesterol dan menurunkan kolesterol LDL.


  • Dibuat dengan gabungan kuat sterol dan stanol, yang wujud secara semulajadi didalam tumbuhan, buahan, sayuran dan bijian. 
  • Membekalkan 2000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari. 
  • Sterol dan stanol tumbuhan telah dibuktikan secara klinikal didalam lebih dari 80 kajian untuk menurunkan kolesterol LDL
  • Membekalkan 100% saranan National Institutes of Health's (NIH) untuk sterol dan stanol tumbuhan setiap hari
  • Bebas dari kandungan Gluten
  • Disahkan dengan Star K Kosher




KOLESTEROL ADALAH FAKTOR RISIKO UNTUK PENYAKIT JANTUNG



Seorang daripada tiga orang warga Amerika mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. 

Tahap kolesterol yang tinggi adalah faktor utama untuk mendapat penyakit jantung, dan satu daripada cara untuk mengurangkan risikonya adalah dengan mengurangkan jumlah keseluruhan kolesterol dan juga kolesterol LDL (jahat). Kajian menunjukkan sebatian semulajadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan, bila ditambah kedalam diet akan mengurangkan kolesterol dengan amat ketara sekali.

Sterol dan stanol yang wujud secara semulajadi didalam tumbuhan, buahan, sayuran dan bijian. Oleh kerana struktur mereka sama dengan kolesterol, mereka bersaing untuk penyerapan dan seterusnya membantu menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh.

SIAPA YANG MEMERLUKAN PHYTOCOL - ST SHAKLEE?

Mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dan mahu cara yang semulajadi untuk menurunkan kolesterol mereka tanpa menggunakan dadah.

#FaktaMenarikShaklee

Tahukah anda berdasarkan Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Malaysia (2011), lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, dan angka ini dijangka meningkat disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup terkini. 


*produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Husna,
{1127918}
012-2707477

No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...