Monday 25 November 2019

Keperluan Berpantang

Assalamualaikum semua! Omg lamanya rasa tak update blog! Dari zaman husna baru kahwin dah pregnant ni tengah pantang baru dan nak update. Ampun maaf!!

Ni pun nak update sebab husna rasa senang nak rujuk untuk akan datang nanti and just nak share dari sudut pandangan husna. 


Now dah alhamdulillah dah 11 hari berpantang husna nak share sikit essential yang husna rasa sangat perlu untuk new moms yang nak berpantang :) 




1. Your Mental : Pantang is not easy walaupun you dah hired confinement lady or ada orang jaga you. Hahah. Time pantang ni husna nampak this side of me yang husna tak pernah tahu wujud pun that part hahaha. Emotional and mental kita memang akan swing sungguh! Physical tak payah cakap la tu obv hehe. 

So make sure kita bebetul prepared! Pasang mengaji ke baca buku ke try untuk cuba focus pada diri sendiri juga okay? :)

2. Nipple Cream : Maybe sebab husna baru je bergelar ibu so segalanya baru termasuklah dalam bab breastfeeding! You kena siap sediakan nipple cream takut melecet sebab baby tak latch properly or you pumping kan. 

Husna cuba Herbal Blend and Aloe Vera. Alhamdulillah both work wonders!

3. Dry Shampoo : Hahaha seriously guys penting gila dry shampoo ni. Memang syukur sangat pada siapa yang create this sebab time berpantang early days tu you tak boleh shampoo langsung rambut sebab takut angin and all kan. 

Memang rimas la lagi2 husna jenis shampoo rambut everyday haha. Time pantang pula kita serabut, berpeluh and all jadi penting untuk jaga hygiene. So sila siap2 sebelum bersalin pergi pharmacy and buy one :)

4. Tissue : Satu sebelah kita untuk lap peluh and all satu lagi dalam toilet sebab nak make sure everytime kita dah membuang kita kena keringkan that part :)

5. Disposable Panties : My kakak called it nenek punya panties haha kureng asam betul. Its a must for me sebab bila kita berpantang ni kita akan selalu tukar pad and kita kena sapu all those jamu kat badan kita kan. Jadi senang lepas membuang terus tukar tak perlu basuh banyak2. 

6. Kurma : Bila kita breastfeed ni memang akan cepat lapar. Lagi2 bila kita bangun malam and badan nak adjust kan, rasa nak kunyah tu ada. So to be safe husna letak siap2 kurma sebelah katil husna. Kalau uolls nak letak kacang2 pun ok. Jangan letak super ring sudah haha

7. Vitamins : Ni semestinya wajib! Penting untuk recovery, energy booster and make sure sel kita kekal sihat supaya kita kekal sane lol and of course untuk dapatkan susu yang sihat and banyak kan. Husna memang consume vitamins dari Shaklee and boleh rasalah even kena bangun malam2 badan tak penat melampau and muka tak terlalu zombie hahah



Okay sekian sahaja sharing dari husna. Im still new and husna share ni based on my experience yang sangat awal ni. Hihi mohon doakan my motherhood journey goes well insyaAllah :)

Semua maklumat, keterangan produk serta testimoni pengguna yang disiarkan bukan lah bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang supplement.

Pengedar Sah Shaklee,
Nurul Husna,
012-2707477

No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...