Monday 19 November 2018

Persiapan Kahwin

Satu je pesanan husna untuk mereka yang bakal berkahwin, tak kiralah dalam masa terdekat or dalam masa panjang. Tak keterlaluan juga untuk mereka yang tak ada pasangan pun lagi tapi berimpian nak kahwin (ya know mereka yang ok by the time saya 25 saya dah kahwin walaupun tak ada lagi calon liddat).


You have to have money! Seriously money is so penting. Even pergi kursus kahwin pun kena berbayar tau!

Ada orang kata, buat apa nak perhabis duit untuk kahwin.. Lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit! Couldnt agree more, dulu husna sendiri berpendapat macam tu. Husna bukan jenis yang beria nak dream wedding over over macam tu haha. 

Sampailah ada satu masa ni waktu tengah buat list jemputan dengan mama and mama cakap, kita kahwin sekali je.. Time ni lah kita nak ambil berkat kahwin dengan nak jamu orang, nak orang doakan kita, nak orang membawa rahmat pada kita.. Takkan nak sambil lewa?

Okay time mama cakap tu sangat hit husna! Betul lah tu, kita pun kahwin sekali je insyaAllah, takkan nak buat majlis memain kan? Orang pn usually kalau pergi kenduri kahwin dalam keadaan perut kosong kan.. Takkan nak memain je bagi dia makan? :)

Bukan setakat makan je, tempat teduhan pun mesti kena fikir betul tak? So tempat pun memainkan peranan yang penting. And the list goes on and on and on.. Yang semuanya menggunakan wang untuk bayarnya. 

Jadi nampak tak keperluan duit tu? Okay dah nampak! Now mana kita nak cari duit.. 

Sekarang ni kita semak balik gaji hakiki kita (bagi mereka yang dah bekerja) and ask yourself cukup tak or mampu tak untuk aku kahwin sekarang ni? Range kahwin sekarang paling2 pun you kena ada RM20,000

Bila kita nampak mana yang kurang, tugas kita untuk cari jalan penyelesaian bukan harapkan rezeki jatuh dari langit kan? :D. Husna sangat tak galakkan kita berhutang untuk kahwin! Dont lah buat commitment before you kahwin lagi. Satu hal nanti hutang baru nak selesai lepastu ada anak and all.. Kerja tak habis jadinya kan. 

So buatlah side income. Sekarang ni terlalu banyak peluang untuk kita keluarkan diri dari lubuk "kesempitan". Tak salah pun kalau kita buat dua tiga kerja dalam satu masa. Jangan malu jangan segan. Peganglah konsep kalau bukan kita yang nak tolong kita siapa lagi? :). 

Dengan kudrat yang ada ni cari jalan untuk bantu diri sendiri.

Alhamdulillah setakat ni hampir half persiapan kahwin husna mampu tanggung pakai duit sendiri. Even dari awal abah dah kata tak apa abah boleh settle kan tapi husna still nak juga bantu.. Like come on la majlis kita kan hehe.




Time ni memang syukur sangat husna pilih business Shaklee as my income. Husna buat bebetul business ni dari husna tak ada someone pun hahaha lol. Now bila dah ada lancar je perjalanan tu :). Money is not everything but semua benda memerlukan duit aite? And we never know bila kita memerlukannya so just do it.

Push yourself now! Kita hidup ni kalau taknak memberi pun at least janganlah menyusahkan orang kan :)

Love,
Husna Bazlan

No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...