Monday 29 January 2018

RAWATAN MUKA BERKEDUT

Ramai dikalangan kita mula stress and bimbang bila nampak muka dah mula naik kedutan.. Stress je kan tengok cermin ingatkan nak puji muka makin cantik.. Tengok-tengok tettt dah mula zahir kedutan kat muka hehe. 



Banyak factors yang boleh menyebabkan wrinkles kat muka ni.. Boleh jadi disebabkan muka kita terlampau exposed dengan matahari, boleh jadi atas dasar terlampau stress selalu, boleh juga jadi sebab kita tak jaga pemakanan kita.. 

Tabiat merokok juga merupakan salah satu punca terbesar muka cepat nampak tua dan kusam! Ianya boleh mengurangkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen ke muka serta merosakkan fiber kolagen dan elastin yang memberikan kekuatan pada kulit kita. 

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk hilangkan kedutan ni tau! Sama ada dari pengambilan supplements, vitamins, melakukan rawatan kat spa-spa atau jalan paling mudah cucuk terus! 


Untuk mengawal kedutan dimuka kita juga perlu titikkan soal zahir kulit itu sendiri. Rawat atau jaga kulit dengan lembut dan kurangkan serta elakkan menggunakan air panas ketika mandi. 

Amalkan juga pemakanan yang seimbang dan sihat yang diperkaya dengan anti oxidants, protein dan bijirin serta mengamalkan diet yang sihat. 

Jangan sesekali biarkan kita yang muda ni nampak tua. 

Husna akan kongsikan perkongsian Shah Arilz, Fisioterapi yang berkongsi 4 teknik urutan awet muda, menganjalkan, melancarkan aliran darah dan bantu kita tampil awet muda.


Cara dia senang yakmatt. Korang boleh jadikan rutin harian setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur.

1️⃣ TEKNIK 1 :
1. Mulakan dari bahagian bawah mulut
2. Gunakan 2 jari, secara perlahan dan berikan sedikit tekanan pada wajah, tarik ke atas.
3. Ulang teknik ini selama 15 kali.

❗️ Membantu otot wajah untuk mendapatkan pengaliran darah yang lancar.

2️⃣ TEKNIK 2 :
1. Kemudian gunakan ibu jari tangan dan tarik di tepi sisi hidung dengan memberikan sedikit tekanan pada wajah
2. Urutan yang dilakukan mestilah hanya pada satu arah sahaja iaitu arah ke atas

❗️ Tujuannya bagi mengelakkan otot muka menjadi kendur ke bawah.

3️⃣ TEKNIK 3 :
1. Seterusnya, urutan dibahagian kening dan kelopak mata
2. Gunakan jari telunjuk dan secara perlahan dengan memberikan sedikit tekanan lakukan urutan dalam bentuk C kebawah ianya mengikut bentuk otot muka yang berada di sekitar itu.

❗️ Tujuannya membantu otot-otot atas muka mendapatkan aliran darah yang baik.

4️⃣ TEKNIK 4 :
1. Cara terakhir, lakukan urutan kearah dagu dan keatas
2. Lakukan proses urutan sebanyak 15 kali. Tarik dan berikan sedikit tekanan keatas wajah.

❗️ Bertujuan membuang lemak, mengurangkan double chin serta membantu pelancaran darah pada wajah.

Teknik ini salah satu alternatif untuk membantu mengurangkan proses penuaan, menaikkan seri wajah, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan dan kedutan di muka, dan membantu wajah kelihatan awet muda.

Sumber : akufisio.blogspot.my

P/s : Kalau nak lagi senang korang consume je Vivix and Collagen Shaklee ni. Kasi repair sel2 kulit dari dalam hihi. Cantik dapat sihat pn dapat tau! Antara fungsi kedua products letops ni untuk menegangkan dan menganjalkan kulit muka.









Bila kulit dah tegang dan anjal, glowing tu secara semulajadi boleh terpancar dari kulit muka. Berseri-seri 

Berminat untuk dapatkan Vivix dan Collagen Shaklee secara online boleh click disini . Lepas itu boleh terus msg husna untuk dapatkan consultation yang best okay? :)


*products ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
b



Pengedar Sah Shaklee anda 

Husna, 
{1127918}
012-2707477




No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...