Sunday 14 January 2018

AYAT-AYAT CINTA II




Haha that was my thought bila nak review Ayat-ayat Cinta II nii.. Sebab tak pernah tulis review and tak pernah rajin nak baca review so i dont know lah how it goes.

Anyway terasa nak tulis jugak hek hek. Husna baru je actually tengok and layan AAC ni. Yang first punya released 2008 kan? Believe it or not husna baru je tengok tahun 2018. Tu pun sebab adik paksa kata kalau nak try tengok AAC II kena faham yang first dulu.




Alhamdulillah tak regret lah layan yang first. Best lah. Im not into Indonesian movies sangat. Cerita paling husna layan and sangat suka maybe Ada Apa Dengan Cinta kot.. Tu pn semua orang memang layan kan? All time fav lol

Bila AAC II ni released ramailah yang dok review best lah apa semua. So sebab kita dah tengok yang first mehlah kita meneruskan terus perjalanan dengan tengok yang sec hek hek

Ni trailer Ayat-Ayat Cinta II :


Ni hanyalah review dari sudut pandangan husna ok? Lain orang lain lah pandangannya. So no pressure and chill je kay? :)

WHAT I LOVE ABOUT THIS MOVIE : 

  1. Fahri sangat sangat sangat baik! Macam tak tahu lah memang wujud tak lelaki baik macam dia kat zaman sekarang ni haha. He's so polite and so gentleman! 

    Watak yang dia bawak tu memang sesuai lah. The good guy, watak suami mithali, jiran yang baik and all :) 

  2. Storyline dia panjang tapi tak boring. Kiranya mostly boleh expected tapi bila part sweet2 tu macam still boleh cair and sengih2 tahap nak masuk sekali dalam movie tu lol.

  3. Kalau korang tanya apa one thing yang husna learned from this movie kan.. Husna akan jawab ; Jangan balas jahat pada orang yang buat jahat pada kita. Keep the good deeds! Sebab bila jahat dibalas dengan kebaikan pasti pantulan dia tetap kebaikan :).

  4. Cinta kerana Allah! Ni memang dari the first movie lah. Dah nama pn cerita cinta of course lah ada selit love story. Cuma kali ni yang membezakan dengan those typical love stories,  AAC ni memang nampak lagi kesucian and tak acah. So pure giteww!

  5. Humanity. Dalam cerita ni fahri memang tunjuk satu contoh yang sangat baik! Dia tinggal kat neighbourhood yang bermacam agama and ragam. So bila dorang buat jahat kat dia pn memang dia balas baik and tak berdendam langsung! 




  6. Lastly, barisan pelakon yang semua cantik2! Haha husna rasa korang pernah kot heard or read this ; fahri ni kahwin dengan semua perempuan cantik2 haha. Like seriously guys, dari AAC yang pertama husna dah macam weh apahal dia dapat isteri yang memang semua cantik2 tahap kita perempuan pn insecure :p







THE DISLIKE PART : 

  1. Ehmm bila dapat tahu and tengok Aisyah yang first wife fahri dorang guna lain pelakon dari yang the first movie.. Macam ala sikit hehe. 

  2. Part kekejaman bila Aisyah jadi yang hostage and kena mangsa kekejaman Jews soldiers. Tak ada belas ihsan at all! 

  3. OST. Second movie ni tak banyak sangat sountrack macam the first one. Honestly husna rasa lagi best juga kalau dorang still include lagu Rossa dalam second ni tapi tak ada pn huhu.

  4. This one paling turn off haha! Dorang berlakon cerita ni and basically fahri ni mengajar kat Edinburgh.. Tapi mostly dalam his classes and ada part dia kena debate, dia cakap bahasa Indonesia. Macam uhmm audience you mostly orang putih why lah tak speaking je hehe.

  5. Ending dia! Tak tahu nak gelak ke nak amazed ke nak nangis haha. Macam biasalah AAC ni mesti ada je akan mati kan.. So this time one of the wives (ha yang mana korang tengoklah kay :p ) meninggal and dia minta lagi satu tukar raut wajah pakai muka dia. 

    Macam senang gila doctors tu semua just bedah muka yang dah mati tu and tepek kat lagi satu haha. Sungguh mind blowing! 

Setakat ni tu je kot review dari husna. Saya bagi 4/5 bintang! Okay lah cerita dia.. Lokasi dorang berlakon pun sangat2 cantik! Kenapa tak genapkan 5 bintang? Hmm sebab husna tak nangis pn haha. Kiranya tak adalah menusuk kalbu sangat the second one ni walaupun orang sebelah saya tersedu sedan :p




Thank you for reading guys! 

No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...