Sistem immune adalah antara sistem yang sangat penting dalam tubuh badan kita. Ia merupakan tentera peribadi yang mengawal badan kita 24/7 untuk menentang serangan dan penyerang (bakteria, kulat dan virus), dan bertindak sebagai satu pertahanan terhadap jangkitan dan pertumbujan sel tidak normal.
Selain melindungi kita dari jangkitan, sistem imun juga boleh mengurangkan keterukan jangkitan. Keupayaan sistem imun anda untuk mengingati serangan penyakit yang terdahulu membuatkan anda lebih bersedia untuk berlawan dengan jangkitan-jangkitan serupa pada masa akan datang, membenarkan anda sembuh lebih cepat dan mencegah daripada menghasilkan isu-isu kesihatan yang lebih serious.
Sistem imun yang lemah akan membuatkan kita lebih mudah dipengaruhi kepada beberapa serangan yang boleh menimbulkan huru-hara didalam badan.
Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan tekanan yang baik, dilengkapi dengan diet yang berkhasiat dan disokong oleh makanan tambahan yang diperlukan menggambarkan pendekatan holistik dalam menjaga sistem imun anda untuk memaksimumkan perlindungan badan anda daripada bahaya.
#AdakahAndaTahu ?
Terdapat tiga tahap pertahanan dalam sistem imun anda. Apa membentuk keimunan anda bukanlah satu entiti tunggal, tetapi satu sistem organ, sel dan tisu yang hadir di seluruh anggota badan anda. Adalah penting untuk memupuk semua 3 tahap perlindungan imun untuk membuatkan badan anda kuat dan sihat.
Bagaimana 3 tahap perlindungan imun bekerja?
TAHAP PERTAMA
Peringkat pertama pertahanan adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang mereka daripada memasuki badan kita.
TAHAP KEDUA
Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, mereka akan menemui pelbagai jenis sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semula jadi yang bertindak sebagai lapusan kedua pertahanan anda. Protein isyarat imun yang dipanggil Interferon memainkan peranan yang penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun untuk melindungi anda daripada serangan kuman.
TAHAP KETIGA
Tahap pertahanan ini bertindak balas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya. Sekiranya ia menyerang badan anda lagi, ia akan bertindak balas dengan sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan keroskan yang serious kepada sel-sel anda. Untuk pulih dengan sendiri, sel-sel anda memerlukan Resveratrol dan Polifenol untuk pemulihan sel yang lebih cepat.
NUTRIEN YANG MERANGSANG SISTEM IMUN
- Protein
Menguatkan struktur kulit, menyokong penghasulan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.
- Vitamin & Mineral
Membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.
- Omega
Terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif.
- Biji Labu, Biji Plantago, Bunga Safflower, Honeysuckle Jepun.
Meningkatkan tahap interferon dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.
- Karotenoid
Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.
- Bawang Putih
Antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.
- Vitamin C
"Otot" sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing. - Resveratrol & Polifenol
Meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semula jadi semasa membaiki dan melindungi sel-sel DNA.
SET DETOX
*produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.Husna,{1127918}012-2707477
No comments:
Post a Comment