Thursday, 4 January 2018

6 MITOS IMUNITI YANG DUSTA


  1. AWAK MANDI HUJAN, AWAK DEMAM



    Tiada bukti yang menunjukkan bahawa cuaca sejuk menyebabkan seseorang boleh mendapat selsema atau sakit kerana sains moden tidak mampu untuk menunjukkan adanya hubungan di antara dua perkara tersebut. Apabila tiada bukti-bukti sains yang kukuh, perkara ini dikaitkan dengan kisah dongeng yang diwarisi dari nenek moyang kita.


  2. SELSEMA IALAH VIRUS, SEJUK IALAH BAKTERIA 

    Kedua-dua sejuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Fakta yang menarik : Terdapat lebih daripada 200 jenis virus sejuk yang unik (rhinovirus adalah yang paling biasa) dan virus selsema sentiasa berubah setiap tahun. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa sistem imun adalah di tahap yang terbaik. 

  3. SELSEMA NI NORMAL JE?!



    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), angka orang yang mati disebabkan oleh selsema mencecah 49,000 pada setiap tahun (bergantung kepada tahap kesakitan, penyebaran dan jenis-jenis virus selsema). Di Malaysia, bayi di bawah umur satu tahun dan juga warha emas yang berusia lebih 65 tahun berada dalam kumpulan berisiko tinggi. Wanita-wanita hamil, serta orang-orang yang gemuk atau yang mempunyai sistem imun yang lemah juga merupakan sebahagian daripada kumpulan berisiko tinggi. Menariknya, selsema yang biasa jarang memudaratkan - kecuali ia boleh menyebabkan kepada jangkita-jangkitan yang lebih serious.

  4. ANTIBIOTIC MEMBANTU MERAWAT SEJUK ATAU SELSEMA

     


    Memandangkan kedua-dua sejuk dan selsema adalah hasil serangan virus, antibiotik tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan atau tempoh masa jangkitan itu. Walau bagaimanapun, antibiotik yang diberikan adalah berkesan untuk merawat jangkitan bakteria sekunder seperti resdung, jangkitan telinga, bronkitis dan lain-lain jangkitan yang disebabkan oleh sejuk atau selsema.

  5. SELEPAS SEKALI MENDAPAT SELSEMA, ANDA TIDAK AKAN MENGHIDAPINYA LAGI UNTUK MUSIM ITU. 

    Anda tidak akan mendapat selsema yang sama sebaik sahaja anda telah menghadapinya, tetapi itu tidak bermakna bahawa anda akan tidak menjadi mangsa kepada virus sejuk yang lain. Terdapat beberapa jenis virus sejuk dan selsema yang beredar di udara dan tidak mustahil untuk anda menjadi imun untuk sementara waktu tetapi masih boleh dijangkiti dengan penyakit yang lain.

  6. ANDA HANYA BOLEH BERJANGKIT APABILA MEMPUNYAI TANDA-TANDA SEJUK ATAU SELSEMA 

    Mitos!! Apabila anda dalam keadaan sejuk, anda sangat mudah dijangkiti pada tiga hari pertama dan anda akan menyebarkan virus antara lima hingga tujuk hari dari hari pertama anda menghidapi selsema. Virus ini boleh disebarkan apabila anda menyentuh hidung serta mulut dan kemudiannya menyentuh permukaan lain seperti tombol pintu dan telefon bahkan melalui batuk dan bersin.





*produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Husna,
{1127918}
012-2707477


No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...