RCA (Rahsia Cermin Ajaib)
Siapa2 pun boleh amalkan RCA ni.. Ianya bukan top secret atau orang hebat je boleh amalkan. Nehi2.
Semua yang nak kejayaan WAJIB amalkan RCA ni!!
Impact :
Langkah pertama nak capai impian ialah bila kita dah siap nampak habuan yang bakal kita perolehi.
Contohnya :
Saya nak capai Financial Freedom! So saya dah nampak impak pepagi tak perlu nak redah jam, nak hadap boss, saya boleh pergi sana sini bila2 saya nak, boleh bagi kesenangan kat parents dan sebagainya.
"Nampak" semua ni, pergi kat pinterest and print cantik2 lepastu tampal kat tepi katil hihi. (macam buat VB).
Berangan ke? Nopee! Bukan berangan kalau disertai dengan FOCUS dan TINDAKAN!
Tindakan :
So bila impact kita semua dah jelas, tindakan akan menjurus kepada apa yang kita inginkan. Saya nak bonus 10-15K supaya saya boleh berhenti kerja.
Jadi saya akan mulakan dengan tindakan. Saya akan ikut apa upline saya nasihat and suruh saya buat. Saya takkan lengah and malas! Saya akan tingkatkan amalan rohani saya.
Focus :
Ni part paling husna suka hehe. Focus ni bukan sahaja pada tindakan semasa je. Tapi kita kena focus pada apa yang kita nak.
Focus pada impian kita. Focus pada 10-15K yang kita nak setiap bulan tu.
Bila kita dah focus pada impak dan tindakan, apa kita nak tu akan bergerak and rapat je dengan kita. So process untuk kita capai tu lagi CEPAT!
Guna semua deria kita untuk impak, tindakan dan focus (cakap, dengar, rasa, lihat and nampak impian kita).
Okay now husna nak masuk kepada RCA. Lepas kita dah jelas apa kita nak and why kita nak baru kita boleh apply RCA ni!
Kita hanya perlukan CERMIN BESAR sahaja untuk kita apply tips gempak kebabom ni!
Kalau rumah tak ada cermin, pergi beli.. Tak mahal pun haip!
Korang kena cakap depan cermin. Haha macam kelakar je kan. Husna memula buat pn dok gelak je. Rasa syok sendiri aih.
Cermin ada power tau! Kita bukan nak puja ke apa. Cermin ni ada pantulan. Apa yang kita cakap depan cermin tu akan DIPANTULKAN semula pada kita, pada strangers yang kita jumpa baik di alam maya atau pun reality 🙂
So nak cakap apa ni?
1. Cakap KELEBIHAN, KEBOLEHAN, KEHEBATAN kita!
List kan! Ramai yang failed bab ni sebab malu2 kucing nak cakap kebaikan diri sendiri.
Aiyo! Bukan suruh hang pergi announce satu kampung pn.. Cakap depan cermin je.
Kita dulu kena admit kita punya KEKUATAN dan KELEBIHAN!
Bukan tengok cermin pastu teringat orang lain yang hebat.. Sampai mati pun orang tu akan kekal hebat and kita akan kelaut yo.
2. Cakap APA KITA NAK SCORE HARI INI.
Daily, weekly, monthly punya target. Tapi janganlah kita ni baru start tapi tetibe cakap saya nak 100k hari ni... Or tak pernah bonus lebih RM100 sebulan tetibe kita cakap kita nak sejuta bulan ni. Kita sendiri akan gelakkan diri kita bila cakap macam tu.
Sabar.. Mengucap banyak sikit. Buat dengan focus and kita TAHU kita mampu capai.
3. Specific
Kena cakap depan cermin dengan specific!
Contoh : Orang suka saya, orang suka baca FB Husna Bazlan, orang suak tengok IG (sebut nama juga).
Saya nak sales RM300 hari ni. Saya nak jual 2 ESP harini.
DO :
-Buat dalam keadaan tenang dan yakin.
-Buat setiap hari, min 1 kali pagi dan 1 kali malam
-Konsisten! Kalau boleh 90 hari berturut2 kita kena sebut dengan yakin
-Puji diri kita.. Janganlah tak suka puji diri, bila kita cakap sesuatu yang kita suka tentang diri kita, orang lain pn akan tengok kita macam mana kita fikir and nampak diri kita tau!
-Jangan buat time tengah serabut
-Jangan skip2.. Kejap nak buat kejap tak..
-Jangan sebut general. Sebut secara terperinci apa kita nak
-Jangan sebut dalam hati! Kita kena DENGAR apa kita sebut
Kesimpulannya just follow RCA ni.. Buat setiap hari.. Benda ni memang dah diakui magic tau! Kita bukan puja cermin or diri kita.. Tapi kita tambah keyakinan diri kita.
It takes time.. Sebab tu kena buat everyday. Amalkan everyday.. Ever Single Day!
Bila kita yakin dengan diri kita, automatically orang lain akan JATUH CINTA DENGAN KITA.
Bila dia dah yakin and suka kita, kita suruh dia beli plastic shaklee yang free tu pn dia beli.
Hew hew.
No comments:
Post a Comment