Wednesday, 10 January 2018

KEGEMUKAN PUNCA PENYAKIT PART I



Hari ni husna rasa terpanggil nak cerita berkenaan kegemukan sebab masalah kesihatan ini sudah jadi seperti kanser yang merebak sampai sangat susah untuk kita rawati. Ramai sangat yang mengeluh dan mengeluh tentang berat badan mereka, selalu complain stress sebab badan makin and makin naik tapi berapa ramai yang serious nak mengatasinya? :)

Mungkin ramai yang telah banyak kali dikecewakan oleh janji-janji manis dan palsu products cepat kurus tetapi tak kurus-kurus pun. Mungkin ramai yang masih belum mampu untuk mengawal nafsu makan mereka (hello duduk kat Malaysia ni macam duduk kat sorga makanan kot?!). Mungkin ramai yang tidak sanggup berlapar. Mungkin ramai yang cakap mereka tidak mempunyai wang dan masa untuk berdiet.

Pehhh banyaknya alasan!!!

KEGEMUKAN PUNCA PENYAKIT!

Kenapa penting sangat kita turunkan berat badan? Kenapa husna nak tekankan point ni today? 

Selalu sangat kita dengar orang yang dah pasrah dengan badan mereka sampai kata "SAYA DAH TAK KISAH DENGAN PENAMPILAN SAYA."

Jadi adakah anda tidak kisah mendapat sakit jantung? Tidak kisah dengan kencing manis, tekanan darah tinggi, semput dan sebagainya? :)

Jika jawapan anda juga "YA SAYA TIDAK KISAH", okay then jangan teruskan bacaan ni. Sebab ianya tak akan memberi manfaat pada anda :)

Tetapi jika anda mempunyai keazaman yang tinggi untuk hidup secara sihat dengan berat badan yang normal, 



anda patut pahatkan dalam hati bahawa kegemukan boleh menyebabkan sakit seperti di bawah :


  1. Tekanan darah tinggi
  2. Kencing manis
  3. Sakit jantung
  4. Tinggi kolesterol
  5. Sakit sendi
  6. Mati CEPAT
  7. Masalah berhenti bernafas ketika tidur dan mati mengejut.
Bagaimana kita mendefinisikan kegemukan?

1. Cara mudah adalah dengan mengira BMI 







- < 18.5      : Kurang berat badan 
- 18.5 - 23  : Normal 
- 13-27.5    : Terlebih berat badan
- 27.5         : Obesity 

2. Ukur lilit pinggang 





Ini adalah salah satu cara lain untuk mengukur tahap kegemukan kita. 

Perempuan : Jika melebihi 80 cm 

Lelaki : Jika melebihi 85 cm 

Tahukah anda bahawa buncit bukan sahaja tidak sedap mata memandang TETAPI antara faktor berisiko untuk mendapat sakit jantung? 

Jadi jika anda sudah mengira BMI anda, kini anda tentulah sudah tahu berapa banyak yang kita perlu lose weight kan? :)

5 KG? 10 KG? 20 KG? 

Bila dah tahu berapa KGS perlu kita kurangkan untuk dapat berat badan yang ideal, kita agihkan pula dalam masa berapa lama yang perlu kita turunkan :)

Pengurangan berat yang selamat adalah 0.5-1kg dalam tempoh seminggu. Doctor tidak mengesyorkan pengurangan berat yang lebih drastik dari ini kerana takut mendatangkan beberapa kesan sampingan yang tidak baik untuk kesihatan.

Berikan masa untuk tubuh kita adaptasi dengan keadaan tubuh baru.





Bagaimana nak kurus? InsyaAllah husna akan teruskan dalam KEGEMUKAN PUNCA PENYAKIT PART II :D


Untuk makluman lebih lanjut mengenai vitamins / keahlian Shaklee / side income boleh direct msg husna ;

012-2707477





No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...