Hello and Assalamualaikum!
Pejam celik kita dah pun mengakhiri hujung Syawal. Cepat sungguh kan? Rasa macam baru je berdebar nak tahu raya hari Jumaat ke Sabtu, tup tup dah nak habis dah raya kita.
Kalau kat Haramain raya Eid Fitri ni hanya lah disambut pagi raya sahaja.. Paling lama pun dua hari. Tapi kita di Malaysia raya sebulan ok!
Tak kira weekend ke weekdays penuh sana sini jemputan raya. Open house sana sini hehe baru-baru ni kakak husna sendiri buat open house. Bukan sekali punya makan dia anjurkan tapi dua hari dan empat sesi.
Bahagi siap2 sesi pagi siapa sesi petang siapa. Hehe gitu sekali lah raya kita ni kan. Betul-betul raya sebulan al maklum boleh katakan raya je the only time nak betul-betul berjumpa semua kan :)
Apa pun husna nak remind time raya tu biarlah kita betul-betul mengutamakan apa yang utama :). Hakikat sebenar "open house" tu sendiri adalah untuk mengeratkan silaturrahim kan. Jadi jom kita lebihkan hubungan dah kurangkan makan :p
Makan makanan raya ni raya pertama dan kedua cukuplah kot nak beria. Lepastu cukuplah sekadar merasa hehe. Risau juga dah sebulan kita jaga perut kita, raya seminggu habis kita melantak sana sini seolah2 menjemput yang tak baik (al maklum makanan raya kan penuh minyak dan kolesterol).
Sedikit tips husna boleh kongsikan bagaimana nak tetap menjaga kesihatan diri disamping tidak perlu untuk mengetepikan jemputan raya :
1. Start off our day dengan protein shakes!
Trust me once kita dah shake shake protein, bila kita beraya tu mudah sangat nak mengawal nafsu makan tau! Hehe bila makan pun cepat je rasa full so tak adalah penuh pinggan setiap rumah kita kunjung.
2. Tukarkan air manis kepada air masak
Bila time raya ni jarang sangat lah tuan rumah nak menjamu kita dengan air masak. Usually mesti sirap ais tak pun air gas kan. Ha ini lah dia antara punca kita naik berat badan tanpa kita sedar. Ini semua calories jahat yang tak menguntungkan. Lebih baik kita berkalori makan dari kalori minum kan :)
Kalau tuan rumah tak sediakan air masak, boleh request. Nak lagi mudah bawak sahaja siap-siap botol air masak pergi beraya :)
Jimat kalori dapat, tekak puas pun dapat, kulit cantik pun boleh maintain hehe
Cukuplah dulu dua tips ni husna share hehe cuba amalkan dulu dua ni insyaAllah raya tiga bulan pun kita mudah nak maintain kesihatan :). Selamat Hari Raya semua! Enjoy puas-puas ya Hari Raya Open House ni bukan selalu kan:)
Good news to all! Bulan ni shaklee extend kan promo Set Rahmah. 1 tong ESP dan 1 botol vit C dengan hanya RM99 sahaja.
Promosi yang sangat menguntungkan! Normal price 1 tong ESP RM170 tau tapi promosi ni dengan hanya RM99 anda boleh dapat 2 item bestseller kami. Mantap ke best? :)
Berminat nak dapatkan boleh direct ke link ni ya :)
#Blogmegashaklee
No comments:
Post a Comment