"Ingatkan ujian aku dah berat sangat dah."
That was my detikan bila husna pergi seminar last weekend. Biasalah kalau pergi seminar kan ada je part where people share why dorang take a chance untuk ubah hidup dorang kan..
So ada sorang participant ni share dia nak business untuk mak ayah dia (very common kan orang nak buat and jadi yang terbaik sebab mak ayah). Tapi part yang husna tersentuh bila dia kata dia ada lapan adik beradik and almost semua bekerja tapi mak ayah dorang pn masih bekerja.
Maknanya adik beradik ramai, semua dah ada income tapi mak ayah still kena kerja to support themselves.
Maknanya adik beradik ramai pn tapi tak mampu nak sara mak ayah. Jadi mak ayah masih kena pergi kerja which is menoreh getah untuk tampung kehidupan. Part yang paling terkesan bilamana ayah beliau seorang penoreh getah yang menghidap kencing manis yang kronik tapi every morning gigih naik motor untuk ke kerja.
Time tu husna rasa dang rasa kena tampar laju2. Kita jenuh la dok ingat kita ni la yang paling diuji kita je la ujian paling berat kita je la tak boleh focus sebab kena itu ini.. Sampai kita lupa kat luar sana ramai yang mengalami nasib yang lagi tak berapa baik dari kita.
Jadi kenapa mengeluh dengan ujian yang sedia ada? Kenapa tak boleh focus on the bright side? Kenapa tak boleh count your blessings kenapa nak kena tengok part yang Allah duga sikit je?
Kita memang macam tu la kan.. Sebab tu ada pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
Husna teringat husna ada baca satu statement dari master power yang sangat husna hormati.. Katanya kita hidup ni masing2 akan diuji mengikut kemampuan kita.. Macam waktu kita sekolah dulu la kan.. Waktu kita darjah satu tak sama periksanya dengan waktu kita form five.
So tak boleh la pelajar form five pergi kat budak darjah satu and marah weh apahal soalan exam kau senang aku susah? Hahahah gila apa terkucil budak tu tak pepasal kang!
But betul la kan. Kita semua akan diuji mengikut peringkat kita.. And Allah tak zalim guys. Allah uji kita sebab atas dasar kemampuan kita. Allah uji kita sebab nak kita tahu Dia ada and Dia sentiasa ada bersama kita.
So embrace your ujian! I know its hard. Of course its hard.. Tapi bila kita dah berjaya lalui dengan kemenangan kita akan rasa manisnya ujian tersebut.
Jadi kalau anda sedang berniaga atau buat apa2 dan hadapi ujian, terus melakukan apa yang anda sedang lakukan and dekatkan diri dengan Allah.
Allah ada! Allah Maha Baik dan Allah takkan pernah khianati kita :')
Love,
Husna Bazlan
No comments:
Post a Comment