Thursday, 19 July 2018

Kos Pertunangan

"Okay suruh dia datang on 30th ni.." 

Tanpa angin tanpa ribut tanpa petir tanpa juga segalanya tetibe abah mengeluarkan statement begitu.. Hang rasa? Sis macam nak pengsan hahaha. Kisahnya si H ni memang dah cakap dah ready nak datang.. Bila mama inform abah terus abah tak banyak cakap tak banyak soal and suruh get ready by 30th. 

And time tu dah 20th. Kira ada 10 days je nak prepare apa semua.. Kebetulan nak jadi cerita time tu pula raya. Jadi nak panggil orang datang tolong cater apa semua memang sangat tak menang tangan. 

Bila abah cakap suruh datang on 30th tu pun the first thing yang crossed my mind was okay that day closing! Haha nampak tak betapa cinta kasih i pada business tak mampu dibendung lol :p

But alhamdulillah Allah mudahkan sangat. Semuanya berjalan dengan sangat lancar and cuaca pun sangat memberi kerjasama hek hek. 

Husna memang jenis sorang yang sangat simple. Husna taknak over and nak settle cepat lagi senang. So my merising slash my engagement tak ada pun pelamin and all.

But still... IT COST A LOT! Sampai husna terduduk and terfikir ok ni baru tunang ok ni yang simple nanti kahwin acano ?! Hahaha. 

For dulangs kami 3 balas 5 sahaja. Itu pun hanya the basic ones and untuk semua (husna kira terus yang pihak lelaki la na) dalam RM3000.



For makans dalam RM2000 sebab kami ambil varieties. Bukan hanya satu lauk je. So macam ada two main courses (Nasi and Laksa Johor), kuih and all. 

For doorgifts, kami bagi a nice cookies yang my aunty tolong buat kan.. Tu dalam 50 packs tapi harga dalam nearly RM500 juga.



Khemah tak ada, just sewa meja and kerusi. Tu pun nearly thousand. 

Make up, sebab kira even ni one of my highlights and husna memang jenis tak make up and terpaksa hire orang, dalam RM400. 

Oh and photographer thank God ada kawan sudi bantu dalam RM300 macam tu.

So total cost for merisik and tunang sahaja hampir RM10,000. Husna tak boleh imagine yang jenis buat khemah berpuluh2, ada pelamin and all. 

Tu belum kahwin lagi *sisdahsemput!

Siapa cakap kahwin ni murah? Even you nak buat seadanya pun, you still perlu untuk keluarkan duit. Kita nak raikan orang sekeliling, kita nak hargai orang datang and memberi doa and restu.. Takkan nak jamu Nasi Goreng Telur Kicap sajaaa? :p

Alhamdulillah. Time ni memang husna sangat sangat sangat syukur husna buat side income. 

Why? Sebab dengan side income ni husna sendiri mampu menaja majlis husna. Husna boleh bayar and husna takpayah nak pening kepala ok lepas dah bayar ni den nak makan apa..

Betul lah orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Work hard even you rasa you tak ada reason pun nak work hard.

Cause when you do, time tu you dah tak kabut mana nak cekau duit :d



Sayang sangat these two! Thank you sebab sentiasa ada and sentiasa jadi my tulang belakang!

Now lets kumpul duit untuk kahwin! Siapa cakap perempuan senang lenang je nak kahwin? Hello kahwin ni kan sama-sama both sides, jadi tak perlu nak bebankan each other :)

Love,
Husna Bazlan


No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...