Wednesday, 21 February 2018

JAHATKAH DUIT?

Last Tuesday husna ada join open sharing dari partner #MikrajMillionaire husna. Baru muqaddimah husna dah bergenang air mata :( . 

Jujur husna cakap business ni banyak sangat mengajar husna.. Banyak sangat membuka mata husna.. I was born and raised dalam keadaan yang cukup semua Alhamdulillah. Nak apa memang abah mama jarang sangat say no. Sentiasa cuba and sentiasa tunaikan permintaan anak mereka.

Bila husna berkecimpung dalam business baru husna lebih sedar ramainya orang hidup sangat susah. Susah yang tahap susah husna nak imagine. Yang kita tak terfikir sampai tahap macam tu sekali. 

Bila anak minta beli mainan kita buat2 tak dengar.

Bila anak cakap nak makan kat kedai tu kita cakap tak sedap.
Seboleh2 kita berdalih sebab pocket makin menipis.

Orang lain masuk kedai beli barang. Kita masuk kedai hanya mampu cuci mata.

Ye. Duit bukan segalanya. Tapi segalanya memerlukan duit.  


Apa yang husna boleh huraikan dari perkongsian beliau adalah :

✔️ Duit boleh dicari, pengalaman tak boleh dibeli.

Time anak kecik ni la time dia tahu yang kita saje dia ada ni la the best time kita tunaikan apa yang dihajati. At least bila dia nak makan anything.
Sebab tu yang akan dia kenang and cherish.

✔️ Rezeki Allah tidak tertakluk pada apa yg ada dalam perancangan kita saja. Bila kita 'invest' untuk sesuatu yg membangun diri, kita akan dapat balik sesuatu yg di luar batas pemikiran.

Mungkin sekarang bila kita business kita rasa kita 'korban' masa kita dengan anak2 or even untuk diri kita. 

Tapi pegang satu je ; nak susah sekarang ke nak susah selamanya? 😊

✔️ Bila kita rasa 'tak mampu' sebab takde duit, semacam kita letakkan keputusan hidup kita kepada duit. Duit pula yg jadi raja kita.

Walhal Allah dah rezekikan and kurniakan semua sama rata. Allah dah janji dah kita buat Allah bagi. Jadi berhenti buruk sangka pada Allah dengan mengatakan 'ni je rezeki aku'.

Lepastu tidur sambil tengok tv.





✔️ Gembirakan mak ayah dgn duit kita walaupun mereka lebih kaya dari kita.

Bila kita beri duit atau elaun kpd mak ayah yg kaya, bukan utk menyara mereka tapi utk beri mesej "Mak ayah jgn risau, saya boleh berdikari tak susahkan sesiapa".

Secara tak langsung diorang tak risau pasal kita & takde fikir yg bukan2.

Allah tidak pernah bebankan kita dgn sesuatu yg kita tak mampu tanggung. 

Bila Dia beri kita ilham untuk berimpian, apa yg ada dalam impian kita, itulah yg mampu kita capai.

Tinggal bahagian kita 'nak buat ke tak?' je.




Bila kita decide nak buat, buatlah betul2 dgn tekun dan sabar. Ingat pada Allah.

JANGAN JANGAN JANGAN PERNAH BURUK SANGKA DENGAN ALLAH KERANA ALLAH TAALA MAHA MENGETAHUI!!

Jangan biarkan duit yang jadi penentu kehidupan kita. Duit cuma alat untuk membantu kita hidup dengan selesa.


Salam Asar,
Husna Bazlan

No comments:

Post a Comment

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...