Thursday, 3 May 2018

SEPHORA HAUL - BODY TWIME!

Oh if you guys baca ni and expect i beli barang Sephora sampai RM10,000 then youre not at the right place hahaha. 

Just wanna blog about this.. Not because ni first time husna beli barang kat Sephora. No no no. Tapi nak blog sebab bangga gila dengan diri sendiri sebab husna tak beli langsung any lipstick. 

Imma hardcore lipstick la. Alhamdulillah now ada la jugak kesedaran dah dah lah tu husna beli lipstick! Hang beli banyak2 pn hang pakai yang sama je yang lain tu siapa nak pakai weh? Begitu sekali hikayat dia! And no im not gonna sell my lipstick tau. Jenis takmau la share sebab saya dah pakai kan so rasa macam tak sopan nak jual kat awak. Eh perasan macam ada je orang nak beli lol

Anyway these past few days kecoh gila kat sana sini Sephora tengah buat sales. Even my kakak pn dah bisik kat telinga Husna Sephora tengah sales tewww. Pergi lah beli hehe. Tapi sikit pun husna tak hairan. Tak ada langsung rasa okay jom siap nak kena pergi beli sekarang jugakkkk! Hahaha. 

Apa yang sale? SEMUA ITEMS SALES AS LONG AS YOU'RE A MEMBER! 

Dia terbahagi dua : 

  1. 10% OFF KALAU AWAK WHITE MEMBER

  2. 20% OFF KALAU AWAK GOLD/BLACK MEMBER

Pls dont ask me siapa yang white siapa yang gold or black haha. Yang i tahu i member and i beli je lol. Ha ni nak cerita ni ;

Kisahnya semalam i pergi jumpa downline kat KLCC. Pergi petang sebab nak tunggu dia habis her office hour kan.. Macam biasa parking dekat area Guardian and Maybank. Naik2 je nampak ramai orang kat Sephora. Then terpampang sungguh besar tengah sales like everything tengah sales kau beli je la apa pun semua memang tengah murah lol hahaha. 

Husna kuat je hati time tu.. Macam oh okay bye i tak kisah lah :p. Hahah. Sampailah husna naik atas kat escalator nampak kiri kanan orang dok pegang paper bag sephora tau.. Ha time tu syaitan dah mula memainkan peranan mereka, 

"Husna pergi lah beli.. Eh concealer awak dah nak habis kan? Beli lah alang2 tengah sales ni jimat sikit duit!."

Hahaha dari situlah husna macam hmm okaylah lepas jumpa singgah lah kejap. Anyway dah settle semua husna turun nak pergi ke kereta lalu Sephora and kakiku terbelok juga kedalamnya haha. 

Mula2 nak beli concealer je guys i swear tau! Lepastu ada one cheeky salesboy ni dia hasut2 i. He asked me to give my member card dia nak check kan i dapat 10% or 20% off. Bila i bagi terus dia macam eh you dapat 20% off tau!!! You taknak benda lain ke? Bukan senang Sephora nak buat sales. 

Pfft padahal selalu je sales kan =.=. But i pun termakan dengan "bukan senang Sephora nak buat sales" part tu and terbeli lah barang lain! Alhamdulillah tak beli make up dah!! Yeay hahah. Tapi being a human being, selagi boleh kita cuba beli barang kan... So tak beli make up kita beli barang untuk badan hahaha. 

Anddddd... I bought these! 


Gambar diambil fresh sejurus masuk dalam kereta haha. Time ni nak sedapkan hati sendiri okay good job husna you tak beli banyak sangat yeay. Lol. 


Half of it, missing in the picture ; perfume adik (see told ya imma good sister beli barang pun ingat adik okayh! Oh and my concealer. Later i tunjuk what concealer im using).


Tadaaaa! My fav concealer! I dah cuba banyak sangat concealer. Tak ada yang sesuai until i met this one! Yang lain tu dia akan jadi cakey lah dia buat kulit kita kering la pedih la tak berapa conceal la. This one sangat perfect! Dia creamy but not so creamy. It hydrates your skin and perfectly conceal mana2 yang you nak conceal tu. 


Macam i takde lah banyak sangat nak kena conceal sebab my skin okay je. Jadi tahan lama :)


Ha this one pun kesayangan hamba juga! If you've been following me on Facebook i pernah je cerita pasal benda alah ni. Penting ye scrub muka kawan2. Sebab muka kita ni exposed dengan sangat banyak pencemaran so kulit kita cepat "mati". Jadi its YOUR JOB untuk exfoliate the skin, buang sel2 mati and segala kekusaman tu. Barulah kulit kekal fresh, glowing and bersih. :)

Ni brand fav husna! Dia tak sakitkan my skin, lepas pakai tu memang kulit jadi gila lembut oh and the scent! OMG bau je pun dah gewams lol!


So hang ingat muka je ke yang kena scrub? Badan pun haruslah sisturrr! Hahaha. Ni husna baru first time. Katanya ni bestseller. Hmm.. Nanti husna bagi review insyaAllah :)


Oh ni beli mengada2 namanya. Konon nak matching dengan scrub tu dalam tandas ai.. Amboi sabun Shokubutsu dalam tandas tu tak matchy keee :/


Oh and lastly this one! Also mengada2 sebab i bukanlah jenis make up beria sangat. Blusher ke eyeliner ke eye shadow ke semua so not me. So ni namanya bisikan syaitan berjaya menghasut sisturrr! HAHAH K NOT FUNNY HUSNA TAK BAIK MEMBAZIR! 

Okay sekian sahaja barang2 yang ai purchased! See, imma good girl kan.. Husna tak beli langsung segala lipstick. Terror tau ai tahan nafus sebab ai ni hantu lipstick! Hahaha.

Apa yang i boleh cakap kan.. Bila i "muhasabah diri" balik.. Apa jadi kat diri ni kita boleh apply kat business tau. Bila kita share pasal business kita orang mungkin at first hmm okay thanks but i dont really need it. Tapi kita tak putus asa and keep on sharing sampailah orang macam okaylah meh sini tunjuk apa yang awak jual and lastly dari nak beli satu dia boleh beli sampai 4-5 items!

So do not give up!!! Keep on sharing and keep on doing what you're doing! 

Oh yea, total penjimatan untuk semua ni nearly RM300! Okay lahhhhh kannnn! :p

Xoxo,
Husna Bazlan

COMMON INFO TENTANG YOUTH

Husna rasa by the time husna cerita pasal Youth ni.. Satu Malaysia dah tahu and aware pasal this skincare!!

Sejenis skincare yang sangat digilai ramai. Korang bayangkan lah Shaklee Malaysia bawak masuk beribu2 stocks, tak sampai lima hari dah habis semua!

Thats how crazy it is :). The only skincare yang berani jamin 100 percent effective :). Power kan?

Anyway sebab skincare ni baru juga masuk husna nak compile kan few questions regarding this. So lepas ni kalau ada soalan2 nak tanya boleh rujuk sini je dulu kay? Easier for you guys insyaAllah. 

Ye tahu saya ni memang suka nak memudahkan customers saya hiks! Dah janji nak cantik sesama kan eheh. 

YOUTH ; KEKAL MUDA, ANGGUN DAN JELITA SELAMANYA!


1. BERAPA LAMAKAH PRODUK INI BOLEH BERTAHAN? 

Produk ini direka untuk penggunaan selama 60 hari. 

2. ADAKAH PRODUK INI SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT? 

Ya, semua produk YOUTH diformulasi untuk penggunaan pada semua jenis kulit. 

3. ADAKAH SAYA AKAN MENGALAMI SEBARANG MASALAH APABILA BERTUKAR KEPADA PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG BARU? 

Ya, kulit biasanya mengambil masa beberapa hari hingga ke beberapa minggu untuk sesuai dengan rejimen baru. 

Sebagai contoh, kehadiran jerawat kecil, bintik hitam atau bintik putih atau sedikit rasa ketegangan/ kegatalan kulit, mungkin berlaku semasa proses penyesuaian. Untuk membantu kulit anda dalam proses ini, anda mungkin boleh mencuba satu produk dahulu dan secara beransur-ansur tambah produk seterusnya ke dalam rejimen anda.

4. BOLEHKAH SAYA MENGGUNAKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT YOUTH DI KAWASAN MATA? 

Tidak, kerana kulit di sekitar kawasan mata lebih nipis dan lebih mudah terdedah kepada iritasi. 

Elak daripada menggunakan Skin Perfecting Toner, Youth Activating Serum, Age Defense Moisturizer – SPF 50 dan C+E di sekitar kawasan mata.

 5. BOLEHKAH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER MEMBERSIHKAN SOLEKAN KALIS AIR?

Ia adalah pembersih 3 dalam 1 yang boleh membuang kotoran termasuk solekan. Jika anda ingin membuang solekan kalis air anda, disarankan untuk menggunakan pembersih lebih banyak dari saiz biji kacang. Untuk solekan yang tebal atau solekan mata yang sukar untuk dibersihkan, pembersih solekan yang berasingan boleh digunakan sebelum menggunakan pembersih.

6. SAYA TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN VITAMIN A/ RETINOL SEBELUM INI, APA YANG PERLU SAYA JANGKAKAN? 

Sesetengah individu, terutamanya yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang tidak pernah menggunakan retinol, berkemungkinan untuk mengalami kulit yang kering dan mengelupas pada beberapa minggu awal penggunaan serum. 

Ini adalah normal dan ia menunjukkan produk tersebut berkesan kerana Youth Activating Serum mempunyai encapsulated Vitamin A retinol lembut yang meningkatkan kitaran penghasilan sel kulit. Ianya adalah kesan sementara kerana kulit anda mengeluarkan sel-sel kulit mati supaya sel-sel kulit baru yang sihat dapat menggantikannya.

Tips: 

• Mulakan dengan kuantiti sedikit. 
• Mula gunakan secara berselang-seli pada waktu malam sahaja. 

 Mulakan secara beransur-ansur mengikut rejimen ini:

Minggu 1 : 1-2x seminggu 
Minggu 2 : 2-3x seminggu 
Minggu 3 : 3-4x seminggu 
Minggu 4 : Setiap hari 

7. BAGAIMANA PATUT SAYA PERKENALKAN RADIANCE C+E KE DALAM REJIMEN DAN APA YANG PERLU SAYA JANGKAKAN? 

Produk rawatan ini mengandungi 20% Vitamin C tulen untuk memberikan manfaat kulit yang unggul pada Kawasan kulit yang mempunyai tompok penuaan, perubahan warna kulit dan warna kulit yang tidak sekata. 

Dijangkakan sepanjang 1-2 minggu pertama penggunaan anda akan merasakan sensasi mencucuk-cuk sehingga kulit sudah sesuai dengan produk. 

Tips: 

• Mula secara perlahan, malam sahaja. 
• Gunakan sebagai rawatan kepada z spot treatment. 
• Untuk kulit sensitive – campurkan krim malam untuk mengurangkan rasa mencucuk-cucuk pada kulit. 
• Selang-selikan penggunaan dengan Youth Activating Serum pada waktu malam. 
• Tingkatkan dos penggunaan apabila kulit sudah sesuai dengan Radiance C+E.

Ha jelas kan semua? Now husna akan attach sekali jadual pemakaian Youth. Yes kena pakai ikut turutan bukan aci redah untuk dapatkan kulit idaman yea kawan2 :)



Best kan Youth ni? Seriously husna sendiri pakai and sekarang takde satu saat pn i tak jatuh cinta dengan kulit sendiri. Hahaha over kan lol.

Try it. Its amazing! Memang skincare yang bebetul nak jaga kulit kita bukan hanya nak untung semata. Shaklee ambil masa 8 YEARS tau nak produce this. Not something yang cikai2 kan? :)

Raya dah nak dekat uolls! Kalau awak nak cantik menarik tertarik awak memang the bomb menjelang raya memang sangat sangat sempat! Just let me know and ill give you my best price i promise! :)

Untuk sebarang info and any questions regarding Youth boleh direct msg husna okay? :)

Thank you in advance! :D. Jom cantik sama sama untuk diri kita!

Husna,
012-2707477
{1127918}


Wednesday, 2 May 2018

CARA HILANGKAN BERSIN

Siapa macam husna? Bangun pagi je mesti bersin macam nak tercabut hidung. Bila bangun pagi mesti kena siap2 tissue kat sebelah sebab hidung dok meleleh yo..


Tak selesa tapi kena redha. Rimas tapi kena pasrah and menerima je.. Dah macam2 benda dah husna try.. Tidur malam okay je bangun pagi terus bersin..

Tak kiralah tidur dalam aircond ke kipas ke.. Confirm tetap akan bersin the moment husna buka mata tu. :(

Guess what guys, Alhamdulillah sekarang dah tak ada dah semua tu!!! Husna pn baru je perasan ni.. 

Macam eh pepagi dah tak payah nak cari tissue la haha. Eh pepagi dah tak payah nak lari ke toilet la sebab hingus meleleh. Disgusting kan i know :p




Hahaha. Jadi husna rasa terpanggil nak share my few tips. Sebab husna tahu kat luar sana ramai je yang ada problem macam husna.. Haip jangan tak mengaku kita dok sedut udara yang sama hew hew. 

Husna cuba ringkas kan okay supaya semua senang faham and amalkan :)


  • Kalau awak tidur dalam bilik yang air cond, make sure air cond tu kita set kan dia kebawah jangan direct muka kita. Biar badan kita sejuk secara keseluruhan or kebawah hingga keatas not ke muka kita sahaja. It will block your nose. 

  • Rajinkan diri vacuum rumah puh leaseee! Setiap hari pls! Jangan malas sebab even you tutup segala tingkap dan pintu, debu tu still pandai je nak make a way in. :/

  • Elakkan penggunaan carpet. Big NO! Lagi2 in your bedroom! Walaupun carpet tu secantik sorga jangan letak dalam bilik kita. Debu punya tempat fav kat carpet okay. Jangan lah cari nahas sebab nak cantikkan bilik hidung kita tergadai hihi.

  • Minum air panas untuk soothing dalaman kita. Seriously macam satu ketenangan badan bila minum air panas tau! Hahaha. No need yang pahit. Beli strawberry tea pn sodap yo :). 

  • Amalkan Omega Guard and Vitamin C shaklee! OMG seriously you guys dua ni memang saviour tahap apa tatau sis nak cakap. Tapi sangat and super membantu. Dulu husna amalkan Vitamin C sahaja. It works cuma ianya mengurangkan sahaja. Bila husna add on Omega Guard dia dah lesap terus bersin ni. 

    Why ? 

    Sebab vitamin C bertindak untuk boost up our immune system and omega guard ni anti inflammation. Jadi dia akan clearkan segala keradangan tu :)




Allahu sangat membantu!!! You guys tak payah susah2 nak beli air diffuser ke apa pn.. Amalkan ni je dah cukup. InsyaAllah kesihatan makin baik kulit pun makin cantik hiks!!! 

Jika anda berminat nak dapatkan secara online boleh terus dapatkan disini . Lepastu boleh lelaju msg husna untuk consultation yang terbaiks okay? :)

*product ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Regards,
Nurul Husna 
{1127918}
012-2707477



NEW MONTH NEW REVOLUTION

Assalamualaikum! Ya Allah lamanya sis tak updateee! Hahaa walaupun belum ada yang ternanti2 tapi sungguh ku rasa bagai mencarik jiwa bila tak dapat commit kat blog ni.

Im so so so sorry! Tak sengaja. Okay sengaja la jugak tak update. Konon busy konon takde masa walhal ada je and semua orang ada je masa! Cubit diri sendiri pls!

Anyway pejam celik dah bulan LIMA guys! Pejam celik dah nak masuk Ramadhan dah nak Raya dah nak Christmas dah nak habis dah 2018. Sungguh ku segham memikirkan masa berlalu bagaikan air hujan yang turun. Sungguh pantas! 

But life must goes on kan.. Apa cerita kita? Dimanakah kita? Apa yang kita dah capai? List 2018 kita takat mana? 

Mine Alhamdulillah. Banyak yang DAH CAPAI and masih banyak yang perlu dikejar. So bulan lima ni tamau dah memain. 

Tu yang come up dengan new revolutions tu. Acah sangat aih. Haha orang semua tahun baru azam baru kita bulan lima semangat baru. Giteww :p

Husna sangatlah memberanikan diri nak share with you guys my target this month. Mohon sambil baca ni sambil ameen kan. Moga apa yang anda ameen kan untuk saya, akan dipantulkan semula untuk anda. 

Toink toink hihi


  1. Moga bulan May ni husna dapat bantu 5 orang direct husna untuk dapat bonus RM2000 and above. 

  2. Moga bulan May ni sales group #MikrajMillionaire melonjak sebanyak RM200,000.

  3. Moga husna sentiasa dikuatkan dan ditenangkan hati serta direzekikan sifat istiqamah. 

  4. Moga husna dapat consistent updating blog at least 3 times per day. 

Okay sekian sahaja target husna untuk bulan ni. Bulan ni seriously nak work harder sebab puasa dah nak dekat. Raya dah nak dekat. 

Apa target kita untuk Ramadhan? Takkan tak teringin nak berkongsi rezeki untuk Ifthor?

Apa target kita untuk Raya? Takkan tak teringin nak bagi extra money kat ayahanda dan bonda?

Tepuk dada tanya diri okay? Moga kita sama2 mencapai kejayaan dari Ilahi :')

Regards,
Husna Bazlan

LIVING MY DREAMS.

Bayangkan Diam sejenak untuk bermimpi.
Bayangkan kehidupan ideal anda,
Apakah yang paling bermakna
bagi anda?
Membantu orang lain mencapai impian
mereka dan punyai sebuah kehidupan
yang lebih baik.
Bekerja secara flexi pada bila-bila masa
yang anda mahu dalam kehidupan
seharian yang sibuk.
Kehidupan mengikut acuan anda dalam
emberi tumpuan kepada minat anda
demi masa depan yang anda impikan.
Mendapat Ganjaran lebih daripada faedah
kewangan, termasuk diskaun, melancong,
dan bonus.
Dikelilingi teman sepejuangan dalam
komuniti yang sama.
Di Shaklee, kami cipta peluang dan
jayakan impian itu (untuk SEGALANYA
yang dinyatakan di atas) hanya untuk
anda.
Kini, layarilah kehidupan yang anda dan bayangkan serta jadikannya sebuah realiti.


Salam Sayang,
Husna Bazlan

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...