Sunday, 25 February 2018

My Skin's Bestfriend

"Kak Husna nak pergi mana?"

Tadi husna tengah lepak kat bawah dengan berbaju kelawar sambil menghirup Performance Drink sejuk-sejuk.

Adik turun dalam keadaan mula blur sebab baru bangun tidur *rolling eyes

Nampak je husna terus tanya husna nak pergi mana? Nak pergi mano apa eh dengan baju tidur lagi ni. Muka pun masam je tak mandi tak apa huhu.

Katanya muka husna nampak berseri lain macam.. Sesuci murni macam baru lepas make up. Hew hew kembang setaman ai bila adik puji.

Bukan senang tau adik beradik nak saling memuji ni. Saling mengutuk tu yes but complimenting each other.. Err ada sebab baru nak puji mehh hehe :p

But true enough. Husna sendiri pun boleh rasa perubahan pada kulit husna. Cuma perubahan tu tak ada lah ketara sebab tu husna tak ada la nak beria..

Macam contoh kalau dulu kulit husna senang sangat2 berminyak, macam boleh goreng ikan la tahap minyak dia. Now tak ada dah!!! Sangat terkawal and tak terlampau oily lagi2 tang T-Zone tu 

Macam dulu kalau period husna memang senang naik jerawat at least seketul dua. Now Alhamdulillah period tak ada pun "tetamu tak diundang" tu :DDD

Macam dulu kalau penat or serabut mesti muka pucat and nampak kusam.. Maybe sebab perubahan hormone so macam side effect dia tang kulit kan.. Now Alhamdulillah muka kekal berseri je hehe

Why eh? Apa husna buat? Nahh nothing much. Husna hanya consistent and tak pernah tinggal kulit husna punya kawan baik!!!

Collagen + Vitamin C : Perfect two! Complementing each other :). 

So apa yang hebat sangat dua ni sampai muka baru bangun pn macam pwinceshh? :p


Kolagen : 

Kolagen adalah sejenis protein yang terdapat dalam kulit, tulang, otot, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon. Ia bertindak seperti "gam" yang mengikat komponen lain dalam badan kita untuk bersama mengekalkan kekuatan badan termasuk kekuatan dan keanjalan kulit. 
  • Meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang lebih kukuh dan lembut. 

  • Mengekalkan kelembapan kulit untuk mengurangkan kedutan. 

Vitamin C :

Dikenali sebagai asid askorbik, vitamin C memainkan peranan besar dalam fungsi serta penyelenggaraan tubuh, terutama kulit. 

  • Bertindak sebagai antioksida

  • Melindungi dari sinaran UV

  • Bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi

  • Berfungsi sebagai agen anti radang

  • Molekul penting dalam penghasilan kolagen

Hasil gabungan Collagen dan Vitamin C :







Best kan? Compliance dua ni je tak perlu susah pun untuk dapatkan kulit yang sihat!!! Bila sel dalaman sihat baru lah senang nak cantik hiks!


Jika anda berminat nak cantik macam heroing DOTS yang cantik berseri ni boleh direct purchase dekat sini . Dah beli terus msg husna tau? Mesti kena consume dalam keadaan yang betul dan tepat hehe :)

Semua products ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Pengedar Sah Shaklee Anda,

Husna
012-2707477
{1127918}





Thursday, 22 February 2018

TAK ADA BEZA PUN?


Saya dah makan dah husna.. Saya dah istiqamah dah ambil setiap hari.. Tapi tak nampak effect pun? Rasa badan sama je.. Acano tu? 

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. 

Ha cuba perhati faktor-faktor diatas and tengok ada tak yang kita buat? Thats why lah kita mungkin lambat sikit dapat kesan dia :). Cuba ubah sikit2 gaya pemakanan kita and gaya pengambilan kita. InsyaAllah sangat membantu!

Regards,
Husna Bazlan

FAILURE IS A BLESSING.

Wait whattt? Hehehe. Mana ada orang suka gagal.. Mana ada orang suka failed. 

Time sekolah dulu kalau ada exam and kita failed memang seboleh-boleh nak sorok kertas exam tu.. Taknak mak ayah kita nampak. 

Sebab kalau failed tu menunjukkan kita tak buat sebaiknya. Failed tu menunjukkan kita tak study betul-betul. Failed tu menunjukkan kita LOSER dari orang lain.

So dari kecik kita dah dimomokkan dengan FAILED IS NOT A GOOD THING.

Well, guess what? Sejak husna berkecimpung dalam bidang business ni husna mula nampak dari perspective lain. 

Failure is a blessing. 

Okay let me explain. Hidup ni kita hanya mampu merancang sahaja. Aku nak tu aku nak ni aku nak sekian-sekian. Sometimes berlaku sebijik macam apa yang kita mahukan sometimes mungkin tidak. 

So kalau kita asyik pandang dari sudut negative je kita akan mudah rasa down and lemah. Kita mula tarik cas2 negative menguasai diri kita. 

Why not mula dari sekarang kita pandang failed tu dari sudut lain.. Bila failed tu ianya mampu mengajar kita something lebih berharga dari bila kita dapat apa kita nak.

Apa benefit yang kita dapat bila kita gagal? 


  1. Membantu kita lebih berfikir 

    Tak dapat apa yang kita nak bukanlah satu perkara yang kita dambakan.. Siapa je suka rejection? Siapa je suka failed? Tapi bila kita tak dapat tu kita akan lebih fikir.. Adakah kita sanggup nak mempertahankan apa yang kita nak ni or kita nak berlepas tangan sahaja? Kejayaan tak pernah guaranteed. You buat you dapat. 

    Kegagalan yang berlaku akan buat kita banyak reflect diri balik. Is it worth it? Patut tak aku teruskan apa aku nak or just stop it? :)

  2. Menampilkan keyakinan diri

    Kita ajar diri kita untuk kuat.. Kita didik hati kita untuk tabah. Kita remind diri kita untuk fight for it.


  3. Rendah diri

    Ni paling best! Ni paling kita kena semat dalam minda. Kalau kita nak something and mudah sangat kita dapatkan, perasaan bongkak akan mudah lahir dalam hati kita. Kita akan senang take it for granted and tak hargai kejayaan yang kita dapat. 

    So its okay to failed! At least nanti bila dah berjaya kita ada cerita pahit manis yang kita boleh share and ingatkan diri betapa susah untuk kita capai apa yang kita nak :)
Tiga points ni husna nak highlight kan for today. Kegagalan bukanlah sesuatu yang buruk. Kalau kita buka minda and hati kita akan terkejut dengan betapa besarnya impak kegagalan dalam mengajar kita erti kehidupan. 

Husna ada baca dari one book ni. Forgive me sebab tak ingat tajuk buku tu.. Buku tu ada mengatakan bahawa sebenarnya tak ada pun istilah gagal ni. Kalau kita buat kita berganjak kedepan kalau kita gagal kita tetap ditakuk yang sama. 

Contoh macam kita buat shaklee kan, bila kita bersungguh kita akan dapat bonus and dengan bonus tu kita dapat bayar hutang kita yang tertunggak. Kalau kita tak buat kita tetap kekal ditempat yang sama dengan jumlah hutang yang sama :)



Jadi tenang and enjoy the process. Its okay kalau gagal. Bangkit semula. Gagal. Bangkit semula! Kita tetap akan succeed and when we do, kita berjaya dalam keadaan kita earn it and kita akan lebih cherish it! :)

Do not give up! 

Salam Sayang,
Husna Bazlan


Wednesday, 21 February 2018

PERLU KE SUNBLOCK?

80% PUNCA KEROSAKAN KULIT BERPUNCA DARI SINARAN UV!!!




"SPF paling tinggi adalah paling terbaik".
Itulah anggapan ramai orang tentang SPF. Dengan cuaca panas terik diluar sekarang ni, kulit MESTI kena ada perlindungan SPF.
Kalau tak dilindungi itulah punca korang selalu STRESS dengan SUNBURN.
Ini penjelasan Dr. Erna Nadia dari Medical Mythbusters Malaysia tentang pengiraan spf yang ada pada sunblock. Penting!

Apa itu SPF?
SPF adalah singkatan utk Sun Protection Factor. Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.
Kenapa wajib lindungi kulit dari pancaran terik matahari? Sebab kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.

Contoh pengiraannya SUNBLOCK adalah :

Contoh SPF 15 :

Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu.

Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv.
Jika spf30, 96%.

📌 Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv.



  • Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit.
  • Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit.
  • Kulit sawo matang,20 minit.

📌 Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh kiraan :

Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.
Untuk kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.

  • Untuk yang tak begitu terdedah kpd sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), spf 15 dah cukup.

  • Kalau mmg terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai.

  • Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukan spf50.

❗️ Beza pada spf cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama. Jadi,tak perlu spf yang tinggi.




Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu.

❗️ Dan, minumlah air kosong dengan cukup setiap hari untuk kekalkan keanjalan kulit kita.



Yang paling penting wajib protect kulit dari dalaman juga dengan pengambilan vitamin C, vitamin E dan protein yang lengkap.







Dalam cantik, luar berseri :DD

Nak dapatkan Set Asas Kecantikan secara online boleh dapatkan disini , lepastu boleh laju2 msg husna untuk consultation yang lengkap dan padat ok? :D


*products ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
b



Pengedar Sah Shaklee anda 

Husna, 
{1127918}
012-2707477

Shaklee KL disini

 Hello and Assalamualaikum! Alhamdulillah masuk tahun ni dah lebih lima tahun husna berkecimpung dalam dunia Shaklee ni.  Niat asal hanya ma...